Membina media sosial tanpa perancangan dan strategi adalah seperti terjun ke dalam kolam yang mana kita tidak dapat nak berenang.Sebagai usahawan yang berjaya tiga perkara yang perlu di titik beratkan supaya berjaya dalam rangkaian sosial adalah :
1.Bina dan tingkatkan tahap kecekapan dalam rangkaian sosial kita
Ia adalah di mana kita hendaklah meningkan perniagaan kita kepada dari kurang baik ke terbaik.Jika sebelum ini kita berniaga secara tradisional dengan mempromosikan cara lama kita tukarkan cara perniagaan kita ke arah online.Ia termasuklah seperti dengan mendapat maklumbalas testimoni-testimoni,pandangan pelanggan kita dalam menggunakan perkhidmatan atau produk kita di laman blog,website kita.Jika ramai penguna mengatakan ya,maka kuatlah rangkaian kita,jika ramai mengatakan tidak maka perancangan perlu lebih teliti supaya perniagaan kita lebih berdaya saing dan berkualiti.
Jika kita mengambil masa yang lama untuk mempertingkatkan kecekapan dalam rangkaian sisoal,kita sukar untuk SPAM pelanggan kita.SPAM adalah :
Sales - Sukar membuat jualan
Pithing - Kurang keyakinan dari pelanggan
After - Terlepas peluang dalam mempromosikan produk baru
Master - Tidak Mahir dalam perniagaan sendiri
Bina Tembok yang kuat untuk menyelamatkan perniagaan anda dan sentiasa stabil dalam membina dan meningkatkan prestasi kualiti dalam membina rangkaian.
2.Pilih Kualiti bukan Kuantiti
Lebih ramai orang yang kita kenali,lebih kurang kita mendekati mereka.Contohnya jika kita mengenali 50,000 orang rakan melalui online,Soalanya bolehkan kita membina rangkaian yang akrab?.Jawapanya,kita tidak boleh.Berhenti berfikir mengenai angka 50,000 tersebut.Kesimpulanya dalam media sosial ini kita hendakah berani merancang dan pelan dengan betul supaya dapat mempromosikan dengan baik kepada rakan sosial kita.Fokusnya kepada kepercayaan rakan sosial kita terutamanya dalam perniagaan kita dengan memberi perkhidmatan terbaik kepada mereka supaya mereka suka dengan kita dan bukan mencari ramai rakan sosial tapi seorang pun tidak percaya kepada kita.
3.Mempunyai perancangan dan prosedur
Bayangkan kita sebagai jawatankuasa untuk satu trip ke luar negara,tetapi tidak mempunyai pelan dan perancangan perjalanan.Ini adalah anologi kesilapan yang banyak dilakukan oleh seorang usahawan,tidak mengambil berat dalam polisi dan prosedur dalam membina rakan sosial.Pekerja kita,vendor ,rakan-rakan dan lain-lain tidaklah sepatutnya ragu berkenaan produk atau perniagaan kita .Mereka adalah bebas bertanya dan membincangkan topik tanpa limit dengan kita.Mempunyai polisi yang dipersetujui oleh pekerja-pekerja pula akan memberikan perlindungan kepada kita kelak,jika pekerja kita berenti ataupun diberhentikan kerja.Bayangkan jika pekerja tersebut membawa berita tidak baik mengenai business kita.Mesti business kita cepat hilang kepercayaan kerana pekerja tersebut.Jika mereka telah tandatangani perjanjian dan mengikut polisi di tempat kerja kita,kita sedikit sebanyak akan selamat,kerana ia akan melibatkan kes tersebut ke mahkamah.Rangkaian sosial adalah cara dan teknik baru mendekatkan diri dengan pelanggan dan cara pemasaran tradisional kita patut kurangkan kerana ianya banyak melibatkan kos,kurang effektif dan merupakan komunikasi satu hala sahaja.Dengan media sosial yang baru kita dapat terus berkomunikasi secara dua hala dengan pelanggan kita.
No comments:
Post a Comment