Friday, 8 October 2010

Ciri-ciri usahawan berjaya mengikut Perspektif islam







  • Mempunyai keinginan yang tinggi untuk berjaya seperti tidak cepat berputus asa dan sentiasa berusaha mengejar kejayaan yang diajarkan oleh islam. 
  • Niat kita yang betul untuk mencari rezeki yang halal dan menyediakan barangan atau perkhidmatan yang memenuhi kehendak pengguna.Jika niat untuk memenuhi tuntutan Allah ianya akan menjadi aktiviti perniagaan kita sebagai ibadat.
  • Mempunyai ilmu dan kemahiran yang cukup dalam menjalankan perniagaan iaitu dimana kejayaan dunia bergantung kepada ilmu  dunia dan kejayaan akhirat memerlukan ilmu dunia dan akhirat.
  • Bertanggungjawab dalam menjalankan perniagaan,contohnya seorang peniaga mestilah sentiasa jujur dan amanah dalam perniagaanya,jika barang rosak jangan dijual,jika pembeli  tertinggal barang,wang dan sebagianya hendaklah memulangkanya,begitu juga pada invoice dan sebagainya jika tersilap kena jujur dan berterus-terang supaya sama-sama mendapat keredzaan Allah.
  • Sentiasa berjimat dalam menggunakan sumber-sumber yang ada dan cekap menguruskan bahan yang ada serta tidak membazir dalam menghasilkan sesuatu produk.
  • Berkemahiran dalam membuat keputusan yang tepat.Keputusan yang dibuat mestilah mengikut fakta dan maklumat yang sebenar.
  • Berfikiran jauh  ke hadapan dimana usahawan memerlukan daya intelektual yang tinggi untuk bersaing dalam meramal,merangka pelan stategi supaya mengikut kehendak pelanggan.
  • Mahir berkomunikasi dalam menjalankan perniagaan contohnya dengan pelanggan,pemodal bank,pekerja,pembekal dan menjaga adap berkomunikasi supaya orang akan senang dengan cara kita.Bertukar-tukar pandangan adalah perlu untuk menjaga hubungan baik antara kita dan    pelanggan.
  • Sentiasa pentingkan aspek kualiti produk kita supaya menjaga nama baik perniagaan kita dan hubungan dengan pelanggan bertambah erat.Sentiasa menambah kecekapan dan keberhasilan yang terbaik dalam menghasilkan sesuatu produk dan yang penting aspek halal haram produk tersebut.
  • Menjahui aktiviti haram dalam perniagaan seperti penipuan rasuah ,penindasan dan lain-lain yang diharamkan dalam islam.
  • Elakkan dari banyak berhutang dan menggelakkan perniagaan menjadi muflis kerana jika perniagaan   merosot kita tidak mempunyai kebebasan kewangan kerana terpaksa mendahului pembanyaran hutang dahulu.
  • Sentiasa menilai tindakan dan sentiasa muhasabah diri supaya sentiasa berada di landasan yang betul   selaras dengan tuntutan islam dan peka dan waspada dengan kehendak pasaran semasa.
  • Sentiasa bersyukur dengan kejayaan yang diberikan oleh Allah.
  • Tidak boros dan tidak kedekut dengan kekayaan berkongsi dengan mereka-mereka yang memerlukan.contohnya anak yatim,orang susah dan kepada mereka yang memerlukan.
  • Membayar bila berhutang kerana jiwa seorang yang mukmin tidak akan tenang dan tergantungkerana  hutangya sehinggalah dia menjelaskan hutangya sabda Nabi Muhammad S.A.W.

No comments:

Post a Comment