Wednesday 29 December 2010

Berhati-Hati Ketika Membaca Al-Fatihah



BERHATI-HATI KETIKA MEMBACA AL-FATIHAH KERANA NAMA SYAITAN DALAM AL-FATIHAH

Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solatnya. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu TAJWID. Bukan setakat bacaannya saja yg rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yg wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama-nama syaitan:

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU

4. KANNA'K (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NA'K

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KANAS

6. SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti

7. AMIN...............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA......dua harakat, MIN.... 3 harakat.

Semoga Amin kita bersamaan dengan Amin para malaikat..... Insya-Allah. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Tuesday 14 December 2010

Belajar Refleksologi,Akupunture dan Diagnose Saraf Tapak Tangan Lanjutan


Pada 26.11.2010 pergi belajar refleksolgi di HPA sahab perdana bersama dengan temanku Nik Akmar.Bayaran yang dikenakan adalah RM 50 sahaja.Hari tersebut penceramah yang mai ajar adalah PJS Abdullah dari kerinchi,Mc  pada hari tersebut adalah PJS Salehudin.Pada sebelah paginya kami belajar berkenaan teori refleksologi dan pada waktu petangya kami belajar praktikalnya.Untuk permulaan refleksologi kami memerlukan tuala good morning dan minyak but-but.Dimulakan dengan niat ,doa san seterusnya kami bermula mengurut tapak kaki masing-masing.Pada mulanya saya reflek kaki nik dan selepas tu nik pula reflek tapak kaki saya.Selepas pada kaki kami diajar pula reflek pada tangan,kemudian keluarkan angin pada lutut pesakit yang sakit lutut dan akhirnya diajar cara mengeluarkan angin pada perawat.Akhirnya kami dapatlah sijil kursus refleksologi.




Pada 2.12.2010 hari ni pergi belajar akupuntur di sahab perdana.Seramai 80 telah hadir dan tenaga pengajar adalah Ibu Ayie dari Indonesia,bayaran yang dikenakan adalah sebanyak Rm 50.Sebelah paginya kami belajar teori berkenaan asas akupuntur yang mempunyai titik sebanyak 360,dan sebelah petangya kami diajar praktikal akupuntur.Kami diajar 10 titik imuniti untuk permulaan bagi siri 1 ni.Saat mulanya memegang jarum akupuntur agak risau,cucukan pada rakan membuatkan darah keluar pada kakinya,tetapi setelah mempunyai keyakinan,10 jarum dicucuk tanpa risau lagi.Dan setelah tapi kursus kami diberikan sijil herbalis akupuntur siri1.



 Pada 11.12.2010 hari ni pergi belajar kursus lanjutan saraf tapak tangan.Pada mulanya kami belajar teori oleh ustaz helmi,dan pada sebelah petangya kami belajar secara praktikal dengan PJS Salehudin,alhamdulilah dapat juga ilmu-ilmu yang boleh dipelajari pada hari ni.

Saturday 4 December 2010

Sebab-Sebab Kegagalan pada Blog





1. Menyediakan manual pengguna yang tidak bersesuaian dengan blog kita
Jika pembaca blog kita mahu membaca manual pengguna@terma-terma pembayaran contohnya pada blog kita kemudian apa yang kita sediakan adalah salah dan susah untuk difahami.Pembaca tidak akan belajar menggunakan blog kita,jadi pastikan pengguna mudah mempelajari dan membuatkan blog kita mesra pengguna.

2. Menyediakan lebih banyak iklan daripada kandungan blog kita yang sebenar.
Iklan adalah penting,tetapi jika ianya terlalu banyak,kita telah melakukan kesilapan.Apabila pembaca kita sedar tentang ini,mereka tidak berminat untuk meneruskan membaca keseluruhan blog kita kerana pada blog kita lebih fokus kepada iklan daripada informasi..

3. Terlupa atau sukar untuk mengekalkan,membetulkan kandungan asas blog kita
Jika maklumat pada blog kita mempunyai banyak kesilapan atau lama tidak dikemaskini,ia menunjukkan blog kita tidak bertuan dan sukar untuk pembaca atau pelawat memberi perhatian pada blog kita.Kenapa pembaca kita patut memberi perhatian sedangkan kita sendiri tidak member perhatian pada blog kita.Selain pada itu pastikan penulisan pada blog kita berterusan.

4. Memerlukan banyak bantuan maklumat daripada pembaca
Jika kita memerlukan lebih banyak maklumat daripada pembaca berbanding kita memberi maklumat kepada mereka,ia akan menghadapi masalah.Jika pembaca selalu mencadangkan apa yang perlu kita buat pada blog kita,tanpa kita memberi maklumat yang baik untuk mereka blog kita akan gagal lama kelamaan pembaca akan meninggalkan blog kita.

5. Gambar digunakan terlalu besar
Dengan perkembangan teknologi baru dan inovatif,kita sepatutnya mengambil peluang supaya membina blog mesra pelanggan.Jika page blog kita mempunyai gambar-gambar yang terlalu besar, ini boleh menakutkan pembaca berbanding kita mengambil langkah menarik perhatian mereka ke blog kita.

6. Kandungan yang sama dengan pelawat kita
Ini semestinya kita kena elakkan.Jika kandungan dalam blog kita sama dengan blog pelawat kita,dia tidak akan datang lagi pada blog kita dan tidak akan melihat keseluruhan pada blog kita.Kerana pelawat itu akan anggap kita mengambil maklumat daripada blog lain sahaja dan bukanya hasil sendiri.

7. Memaparkan video secara automatik pada blog
Jika kita mahu pelawat memberi perhatian pada blog kita dengan serius,kita juga handaklah memandang serius.Paparan video secara automatik pada blog kita adalah kurang professional kerana mengganggu perhatian pelawat.Akan tetapi jika bersesuaian dengan tema blog kita tiada masalah dan lebih elok ia diletakkan buka automatic selepas pelawat masuk laman blog kita.

8. Menggunakan terlalu banyak gambar pada blog
Gambar yang banyak membuatkan blog kita lambat untuk dibuka,jadi gambar yang banyak membuatkan pelawat terpaksa menunggu masa untuk masuk ke laman utama blog kita.Jika blog kita mempunyai banyak gambar elok kecilkan saiz gambar tersebut supaya pelawat tidak menunggu masa yang lama dan membuatkan pelawat mencari blog lain.

9. Jangan hanya memberi perhatian pada sesetengah pembaca sahaja
Kita hendaklah memberi perhatian kepada pelawat kita dan memahami kehendak pelanggan kita,Kita jangan hanya memilih kasih untuk sesetengah individu sahaja yang kita beri perhatian,kita kenalah member perhatian kepada pelawat kita dengan sebaiknya.Jika kita tidak boleh memberi perhatian kepada pelanggan kita sukar untuk menjadi seorang blogger yang baik.

10. Elakkan banyak menggunakan jadual atau bingkai pada blog.
Ini juga akan melambatkan blog kita,jika tidak perlu buangkan,guna seminima mungkin dan dapatkan kaedah lain dalam membina laman blog supaya ianya lebih efektif.

Tuesday 30 November 2010

Ten Ways to Make Sales Success



Ways 1: Keep your mouth shut and your ears open. This is crucial in the first few minutes of any sales interaction. Remember:

1. Don't talk about yourself.
2. Don't talk about your products.
3. Don't talk about your services.
4. And above all, don't recite your sales pitch!
Obviously, you want to introduce yourself. You want to tell your prospect your name and the purpose of your visit (or phone call), but what you don't want to do is ramble on about your product or service. After all, at this point, what could you possibly talk about? .You have no idea if what you're offering is of any use to your prospect.

Ways 2: Sell with questions, not answers. Remember this: Nobody cares how great you are until they understand how great you think they are.
Forget about trying to sell your product or service and focus instead on why your prospect wants to buy. To do this, you need to get fascinated with your prospect; you need to ask questions (lots and lots of them) with no hidden agenda or ulterior motives.

Ways 3: Pretend you're on a first date with your prospect. Get curious about them. Ask about the products and services they're already using. Are they happy? Is what they're using now too expensive, not reliable enough, and too slow? Find out what they really want. Remember, you're not conducting an impersonal survey here, so don't ask questions just for the sake of asking them. Instead, ask questions that will provide you with information about what your customers really need.
When you learn what your customers need and you stop trying to convince or persuade them to do something they may not want to do, you'll find them trusting you as a valued advisor and wanting to do more business with you as a result.

Ways 4: Speak to your prospect just as you speak to your family or friends. There's never any time that you should switch into "sales mode" with ham-handed persuasion and tag lines. Affected speech patterns, exaggerated tones, and slow, hypnotic sounding "sales inductions" are never acceptable in today's professional selling environments. Speak normally, (and of course, appropriately) just as you would when you're around your friends and loved ones.

Ways 5: Pay close attention to what your prospect isn't saying. Is your prospect rushed? Does he or she seem agitated or upset? If so, ask "Is this a good time to talk? If it's not, perhaps we can meet another day." Most salespeople are so concerned with what they're going to say next that they forget there's another human being involved in the conversation.

Ways 6: If you're asked a question, answer it briefly and then move on. Remember: This isn't about you; it's about whether you're right for them.

Ways 7: Only after you've correctly assessed the needs of your prospect do you mention anything about what you're offering. I knew a guy who pitched a mannequin (I'm not kidding)! He was so stuck in his own automated, habitual mode; he never bothered to notice that his prospect wasn't breathing. Don't get caught in this trap. Know whom you're speaking with before figuring out what it is you want to say.

Ways 8: Refrain from delivering a three-hour product seminar. Don't ramble on and on about things that have no bearing on anything your prospect has said. Pick a handful of things you think could help with your prospect's particular situation, and tell him or her about it. (And if possible, reiterate the benefits in his own words, not yours.)
Ways 9: Ask the prospect if there are any barriers to them taking the next logical step. After having gone through the first eight steps, you should have a good understanding of your prospect's needs in relation to your product or service. Knowing this, and having established a mutual feeling of trust and rapport, you're now ready to bridge the gap between your prospect's needs and what it is you're offering. You're now ready for:

Ways 10: Invite your prospect to take some kind of action. This principle obliterates the need for any "closing techniques" because the ball is placed on the prospect's court. A sales close keeps the ball in your court and all the focus on you, the salesperson. But you don't want the focus on you. You don't want the prospect to be reminded that he or she is dealing with a "salesperson." You're not a salesperson; you're a human being offering a particular product or service. And if you can get your prospect to understand that, you're well on your way to becoming an outstanding salesperson.

Saturday 27 November 2010

Cara-Cara Mendapatkan Pendapatan Halal Melaui Online





Berusaha untuk mendapatkan pendapatan halal adalah jalan yang diajar oleh islam dimana pendapatan duit yang haram adalah jalan yang ditegah dalam islam seperti bunga,berjudi ataupun lain-lain cara yang ditentang oleh islam.Walaubagaimanapun banyak kesan-kesan buruk terhadap pendapatan secara haram dan ia selaras dengan hadis nyatakan dimana masyarakat tidak boleh menerima orang yang mencari@mendapat pendapatan secara haram. 

Pada hari ini apabila kadar pengangguran adalah meningkat,kadar keperluan juga meningkat dimana masyarakat mula sedar untuk mencari pendapatan halal kerana di situ ada jalan selamat.Pada hari ini kita boleh mencari pendapatan menggunakan internet dimana fakta menunjukkan peningkatan yang ketara terhadap penggunaan internet,ini membolehkan kita mengambil peluang untuk mendapat pendapatan halal melalui online.Selain pada itu,kita hendak dapat membezakan pendapatan halal dan haram melaui internet.Di sana terdapat beratus-ratus jalan untuk mencari pendapatan halal melaui online tetapi kita hendaklah memilih jalan yang betul.Di bawah ini ada beberapa contoh untuk mendapatkan pendapatan halal melaui online.

1. Pendapatan halal melaui online dengan membina blog ataupun website:

Betul.Kita boleh mendapat pendapatan yang halal melaui membina blog ataupun website.Membina blog mahupun website perniagaan secara islam seperti menjual komputer,alatan sukan ataupun bermula dengan menjadi penulis.Apabila kita menghasilkan blog ataupun website kita juga boleh mencari pendapatan sampingan melalui iklan pada syarikat lain menerusi blog kita dengan mengikalankan atau memperkenalkan produk mereka pada blog atau website kita.Dan kita mendapat bayaran daripada mereka dengan usaha kita tersebut.Perkara paling penting sekali adalah iklan kita mestilah selaras dengan topik pada blog atau website kita.Sebagai contoh jika blog atau website kita berkenaan islam iklan-iklan tersebut juga hendaklah mengenai islam juga.
 
2. Pendapatan halal melaui online dengan menjual barang :

Selain daripada itu jalan untuk mendapatkan pendapatan halal adalah dengan menjual barang-barang secara online.Ia umpama seperti kedai kita,kita akan membuka kedai online dan pengguna bersetuju untuk membeli sesuatu barang daripada kita melalui online serta m membuat pembayaran mengikut persetujuan kedua-dua belah pihak.Kita boleh menjual pelbagai benda melaui online antara contoh yang dapat diberikan adalah seperti menjual kuih-muih,kek,serunding,kurma,pakaian dan lain-lain lagi dan yang paling penting mestilah barang-barang yang halal bukan yang ditegah oleh islam.

3. Pendapatan halal melalui online dengan menulis artikel untuk syarikat penghasilan artikel.

Ini adalah cara yang terkenal uk untmendapat pendapat halal melaui online.Kita menulis artikel untuk syarikat tersebut dan mereka membayar kita melaui artikel yang kita hasilkan untuk syarikat mereka.Kita boleh menulis artikel berkenaan topik-topik yang kita tahu ataupun yang kita mahir.

4. Cara lain mendapatkan pendapatan halal melaui online adalah melaui penhasilan video,forum, website perkahwinan islam dan banyak lagi.

Semoga Allah membantu kita semua dalam mencari pendapatan halal dan menyelamatkan kita daripada pendapatan yang Haram.Amin.

Tuesday 23 November 2010

7 Tips Untuk Perniagaan Dalam Islam



1.Letakkan keuntuntungan pada target kita yang kedua

Objektif pertama kita mestilah tidak hanya terarah kepada pemasaran untuk orang muslim sahaja tetapi perkara utama dalam minda kita adalah Allah dan meletakkan halal jalan utama kehidupan kita.Mencari keuntungan adalah tidak salah,tetapi kita kena letakan matlamat ini pada nombor 2.

Letak matlamat pada jalan Allah adalah perkara utama dan laksanakan kaedah atau cara-cara mengikut syariat islam dengan jujur,insyaallah pasti berjaya.

2. Perniagaan hendaklah benar dan jujur

Nabi Muhammad S.A.W ada bersabda orang yang jujur dalam perniagaan akan masuk ke dalam syurga jannah.Dalam perniagaan jujur dan benar adalah mustahak.Apabila kita menjalankan perniagaan secara islam ini bermakna kita membina hubungan yang baik dengan pelanggan kita dimana tidak ada penipuan dan penindasan dilakukan.

3. Sentiasa bersifat terbuka dan sedia menerima kritikan

Kita hendaklah bersedia dan mempunyai produk yang baik lagi halal dalam perniagaan yang mana boleh memenuhi kepada kehendak pengguna.Perkhidmatan yang baik akan membina kepercayaan pelanggan terhadap perniagaan mahupun syarikat kita.

Bagi sesetengah perniagaan ada yang memyembunyikan barang baru di stor dan mengeluarkan barang lama@ rosak dahulu untuk dijual kepada pengguna dan ada sesetengah barang disembunyikan untuk tujuan kenaikan harga.

Kita kena beringat,kita dijadikan adalah berbakti untuk Allah.Jika perniagaan kita menipu orang islam,Allah akan tunjuk pada kita apa yang kita telah kita lakukan dan perniagaan kita tidak akan diberkati.

Secara amnya,perniagaan halal tidak hanya kepada seseorang mencari keuntungan.Ia juga perlu menitikberatkan komuniti umat islam sejagat.Walaubagaimanapun,kita bukan hanya memastikan produk kita mengikut piawaian kelulusan kerajaan negeri atau kerajaan pusat sahaja malah yang paling penting adalah mengikut piawaian Al-Quran dan Sunnah.

4.Perniagaan yang Bersih

Perkara paling penting bagi perniagaan makanan khasnya adalah memastikan produk ataupun makanan tidak mempunyai kandungan dan unsur-unsur haiwan yang diharamkan dalam islam seperti kandungan darah,tulang,daging dan lain-lain lagi.Kita tidak hanya memikirkan kepada penjualan produk kita kepada pengguna sahaja malah kita hendaklah juga memikirkan kesan daripada pengguna membeli barang kita dan kesan kepada mereka contohnya sakit atau keracunan makanan disebabkan oleh produk kita,jadi kita sebagai penjual hendaklah memastikan ianya halal dan bersih dan tidak memudaratkan pengguna.

Ini adalah kerana Nabi Muhammad S.A.W ada bersabda Kebersihan adalah sebahagian daripada iman.

Kebersihan bukan hanya pada makanan dan persekitaran sahaja,malah ia termasuklah peralatan ,tempat menyimpan makanan tersebut dan segenap segi yang dititikberatkan dalam islam.

5. Target untuk mencapai matlamat
Kita tidak hanya target pada kejayaan menjual produk halal sahaja.Kita hendaklah berfikir lebih jauh.Kita kena perbesarkan perniagaan kita,pelbagaikan produk-produk dan berusaha mencari jalan untuk meningkatkan tahap perkhidmatan dan margin keuntungan.

Cuba cari sumber-sumber maklumat atau bahan mentah daripada komuniti orang islam yang dihasilkan oleh mereka  sendiri ataupun perkongsian dengan rakan-rakan untuk melebarkan rangkaian perniagaan.Dengan melakukan sebegini kita akan mengurangkan kos yang berlebihan di dalam jangka masa panjang dan boleh memberikan harga produk yang lebih baik kepada pengguna kita.

6. Bekerjasama dengan orang lain dalam pemasaran kita

Dalam konsep ummah jangan kita lupakan.Kita hendaklah bekerjasama dengan orang lain dalam mengembangkan perniagaan kita walaupun dalam pemasaran produk yang sama.Tubuhkan persatuan peniaga dan duduk berbincang serta jalinkan kerjasama antara peniaga-peniaga.Kerjasama ini sedikit sebanyak akan memberi perubahan implikasi pada jangka masa panjang dan memberi kebaikan kepada peniaga-peniaga islam serta boleh mendapat lebih kemajuan pada masa akan datang.

Satu contoh dimana kerjasama dapat dijalinkan adalah pada isu menjual daging halal khasnya,kesemua persatuan peniaga  komuniti@mukim bekerjasama dalam isu penyembelihan dimana mereka boleh menentukan@menetapkan tempat penyembelihan pada satu tempat sahaja,dengan menetapkan satu tempat menyembelih kos dapat dikurangkan dan membolehkan pengguna mendapat harga yang lebih murah.Kerjasama penting pada perniagaan kerana jika kita bergerak dalam satu kumpulan kekuatan kita dalam pemasaran lebih tersusun dan padu.

7. Jangan jual benda haram

Pertambahan perniagaan islam pada hari ini semakin berkembang,tetapi kita kenalah memastikan produk yang kita jual adalah benar-benar halal dari segenap segi bukan pada produknya sahaja malah faktor-faktor lain juga perlu dititikberatkan.Contohnya VCD ataupun DVD,jika kita menjual vcd lucah misalnya duit yang kita dapat itu adalah haram,tambahan pula kita nak memberikan makan kepada anak isteri.Kita kena pastikan apa yang islam halal dan apa yang islam haramkan.Begitu juga kita mengatakan menjual produk halal tetapi produk tersebut kita ragu-ragu kesahihanya,demi nak carik keuntungan kita tipu pengguna dengan menukar label di kotak tersebut dan pek mengunakan syarikat sendiri dan mengatakan ianya halal.Langkah terbaik kita kena pastikan produk atau barang yang kita jual adalah halal di sisi agama islam sebelum mengambil keputusan untuk menjual produk tersebut.

Thursday 18 November 2010

Langkah-Langkah nak popularkan blog kita



Jika kita menulis blog sendiri,kemungkinan kita memahami kepentingan kandungan blog yang baik dan memastikan pembaca-pembaca blog kita berminat dengan apa yang hendak kita perkatakan.Kandungan yang baik boleh menarik minat orang ramai dan tidak merasakan boring untuk berkunjung ke blog kita untuk membaca topik-topik yang menarik dalam kandungan blog kita dan kemungkinan pembaca yang sama akan datang semula bagi post kita yang akan datang.Di sini saya senaraikan beberapa jenis cara nak popularkan blog post kita yang boleh kita tulis :

Tips-1. Bagi Tips segera di blog anda

Contohnya kita member tips-tips yang pendek yang membolehkan pembaca mudah faham dan mendapat idea apakah tips-tips dalam perniagaan yang hendak kita berikan contohnya.Patah perkataanya mestilah antara 100-250 patah perkataan sahaja,kalau lebih bukan tips segera,yang tu karangan namanya.Tips segera mestilah pendek,mudah dan terus kepada point-point dia.

Tips-2. Bagaimana isi dalam kandungan blog kita

Kandungan blog hendaklah ditulis dengan jelas dan terperinci berkenaan maklumat dan tajuk yang hendak disampaikan dan ianya berbeza dengan Tips segera tadi.Kandungan blog ini mestilah menceritakan kepada pembaca kendungan yang ditulis dengan jelas selari dengan tajuk yang kita tulis dan boleh memahami pembaca apa yang hendak disampaikan.Kalau boleh sertakan sekali bukti-bukti macam kita buat buku ada bibliografi.

Tips-3. Semak Kandungan yang telah di hantar@post

Kandungan blog mestilah cantik dan jelas yang mana membabitkan produk atau perkhidmatan kita supaya dapat memberi bantuan kepada pembaca untuk membuat keputusan dalam proses pembelian.Semak balik produk kita dan berikan url yang betul ataupun affiliate link kepada pembaca supaya kita mendapat peluang untuk komisen pada post di blog kita.

Tips-4. Sumber pada blog post kita

Selain pada itu salah satu daripada cara nak popular blog kita adalah pada sumber atau maklumat yang kita berikan kepada pembaca.Lebih banyak sumber rujukan lebih banyak pembaca akan datang,atau pembaca yang sama akan membacanya semula.Pembaca sukakan senarai ataupun link-link yang berguna kepada mereka jadi sebolehnya kita berikan mereka sumber-sumber ataupun maklumat-maklumat yang membantu.

Tips-5. Berinteraksi blog post kita dengan pembaca
Pembaca blog biasanya suka dengan pertanyaan dan jika kita post sesuatu dan ada pertanyaan daripada pembaca kita mestilah menjawab dengan baik,dan membatu mereka dengan pertanyaan atau soalan tersebut.Komunikasi ini adalah penting dalam menarik trafik ke blog kita dengan memberikan keyakinan pembaca kepada kandungan blog kita dan tuan punya blog.

Tips-6. Liskan Post yang terbaik

Pada blog kita kita letakkan senarai paling banyak pembaca klik dan baca.Jika kita banyak membaca pada laman web atau blog lain,senaraikan artikel kegemaran kita yang telah kita baca kongsikan dengan pembaca.

Tips-7. Cerita Peribadi kita yang boleh dikongsikan

Setiap penulis blog mempunyai cerita dan pengalaman tersendiri.Pembaca blog kita ingin tahu apakah pengalaman kita sebelum ini yang boleh dikongsikan bersama.Ceritakan berkenaan pengalaman dalam perniagaan ,produk-produk kita jual@beli,seminar-seminar yang kita hadiri dan apakah pengajaran yang kita dapat daripada pengalaman kita sebelum ini.

Tips-8. Kandungan Terbaru

Setiap hari kita mempunyai pelbagai maklumat yang baru.Jadi luangkan masa untuk menulis blog dengan isu-isu dan maklumat semasa ataupun produk-produk baru yang hendak kita sampaikan kepada pembaca.

Bagaimana Menarik Trafik ke Blog kita dengan percuma





1. Seronok dengan blog dan memperuntukan masa menulis blog.Ambil masa beberapa jam sehari untuk menarik blog traffic percuma ke blog anda dengan menulis sesuatu pada blog anda.Cara yang baik adalah menulis dengan penuh perasaan pada kandungan blog dan membuatkan pembaca di blog kita gembira apabila dibacanya.

2. Banyakkan perkataan-perkataan atau ayat-ayat yang terkenal dalam penulisan untuk digunakan dalam blog kita contohnya usahawan,produk terlaris dan lain-lain lagi perkataan yang boleh menjadi rujukan kepada pembaca supaya senang untuk pembaca mencari artikel kita apabila mereka mencari di google untuk keyword tertentu.

3. Pastikan kita menulis blog tiap-tiap hari seeloknya ataupun sekurang-kurangnya secara konsisten.Ini akan membuatkan kita mempunyai kandungan blog yang banyak dan keberangkalian pembaca mencari sesuatu perkataan ada pada blog kita. Lebih banyak kita post lebih banyak kita boleh menarik trafik ke blog kita.

4. Kogsikan artikel blog kita pada media sosial dan rangkaian media yang terkenal.Sebagai contoh kita kongsikan ataupun share post blog kita pada facebook,twitter,email dan lain-lain lagi supaya terus dapat menjana terus traffic ke blog kita apabila pembaca klik atau masuk ke blog kita.

5.Ambil beberapa artikel kita yang baik dan post pada lain-lain website,sebagai contoh pada Ezinearticles.com.Ini adalah tempat yang terkenal untuk penulisan artikel dimana artikel dihantar terus melalui internet dan ini akan membantu kita menarik pembaca-pembaca ke blog kita dengan percuma jika kita banyak menhantar artikel pada laman web tersebut.