Saturday 27 November 2010

Cara-Cara Mendapatkan Pendapatan Halal Melaui Online





Berusaha untuk mendapatkan pendapatan halal adalah jalan yang diajar oleh islam dimana pendapatan duit yang haram adalah jalan yang ditegah dalam islam seperti bunga,berjudi ataupun lain-lain cara yang ditentang oleh islam.Walaubagaimanapun banyak kesan-kesan buruk terhadap pendapatan secara haram dan ia selaras dengan hadis nyatakan dimana masyarakat tidak boleh menerima orang yang mencari@mendapat pendapatan secara haram. 

Pada hari ini apabila kadar pengangguran adalah meningkat,kadar keperluan juga meningkat dimana masyarakat mula sedar untuk mencari pendapatan halal kerana di situ ada jalan selamat.Pada hari ini kita boleh mencari pendapatan menggunakan internet dimana fakta menunjukkan peningkatan yang ketara terhadap penggunaan internet,ini membolehkan kita mengambil peluang untuk mendapat pendapatan halal melalui online.Selain pada itu,kita hendak dapat membezakan pendapatan halal dan haram melaui internet.Di sana terdapat beratus-ratus jalan untuk mencari pendapatan halal melaui online tetapi kita hendaklah memilih jalan yang betul.Di bawah ini ada beberapa contoh untuk mendapatkan pendapatan halal melaui online.

1. Pendapatan halal melaui online dengan membina blog ataupun website:

Betul.Kita boleh mendapat pendapatan yang halal melaui membina blog ataupun website.Membina blog mahupun website perniagaan secara islam seperti menjual komputer,alatan sukan ataupun bermula dengan menjadi penulis.Apabila kita menghasilkan blog ataupun website kita juga boleh mencari pendapatan sampingan melalui iklan pada syarikat lain menerusi blog kita dengan mengikalankan atau memperkenalkan produk mereka pada blog atau website kita.Dan kita mendapat bayaran daripada mereka dengan usaha kita tersebut.Perkara paling penting sekali adalah iklan kita mestilah selaras dengan topik pada blog atau website kita.Sebagai contoh jika blog atau website kita berkenaan islam iklan-iklan tersebut juga hendaklah mengenai islam juga.
 
2. Pendapatan halal melaui online dengan menjual barang :

Selain daripada itu jalan untuk mendapatkan pendapatan halal adalah dengan menjual barang-barang secara online.Ia umpama seperti kedai kita,kita akan membuka kedai online dan pengguna bersetuju untuk membeli sesuatu barang daripada kita melalui online serta m membuat pembayaran mengikut persetujuan kedua-dua belah pihak.Kita boleh menjual pelbagai benda melaui online antara contoh yang dapat diberikan adalah seperti menjual kuih-muih,kek,serunding,kurma,pakaian dan lain-lain lagi dan yang paling penting mestilah barang-barang yang halal bukan yang ditegah oleh islam.

3. Pendapatan halal melalui online dengan menulis artikel untuk syarikat penghasilan artikel.

Ini adalah cara yang terkenal uk untmendapat pendapat halal melaui online.Kita menulis artikel untuk syarikat tersebut dan mereka membayar kita melaui artikel yang kita hasilkan untuk syarikat mereka.Kita boleh menulis artikel berkenaan topik-topik yang kita tahu ataupun yang kita mahir.

4. Cara lain mendapatkan pendapatan halal melaui online adalah melaui penhasilan video,forum, website perkahwinan islam dan banyak lagi.

Semoga Allah membantu kita semua dalam mencari pendapatan halal dan menyelamatkan kita daripada pendapatan yang Haram.Amin.

No comments:

Post a Comment