Saturday 21 August 2010

Ramadhan untuk mencari permata takwa.

Makan banyak akan memberatkan badan untuk beribadah terutama bulan ramadhan ini. kadangkala kita gagal mengawal nafsu makan sehingga kita lupa tubuh perlu disiapkan untuk terus beribadat.Bila mata menjadi mengantuk bagaimana hati hendak khusyuk ,lebih lebih lagi bila solat tarawih 20 rakaat dengan 3 witir.Bacaan quran yang dibacakan tidak jadi penawar pada hati kerana kegelisahan tubuh akibat berbuka dengan yang berat berat tadi.Ramadhan akhirnya berlalu,puasa untuk sebuah keinsafan,kesedaran cuma menjadi amalan ritual tidak makan Dan tidak minum aja.
Rahmatnya ramadhan ialah bila kita boleh kekangkan nafsu bagai kuda yang dapat dituntun kemana sahaja.Nafsu itu alat untuk kehidupan kerana tanpa nafsu tidak adalah kehidupan ini.Islam bukan ugama pertapaan tetapi Islam adalah agama untuk perjuangan.Islam itu kemajuan,Islam itu pendidikan,Islam itu peniagaan,islam itu negara dan sebuah kehidupan yang harmony.sangat harmony sehingga kita Tidak Akan temui lagi pada ajar an ugama yang lain.
Sudah tentu juga doa terus diatur agar segala niat dan hajat Allah makbulkan.Apapun doanya tetap dimakbulkan dengan cara yang Allah mahu.Kadangkala kita mahu susu sapi tapi Allah memberikan air dingin bukan kerana tidak makbul doa. Allah memberi dengan pengetahuanya yang maha mengetahui.Kadangkala manusia menangis sesuatu takdir padanya sedangkan dia tidak mengetahui Allah sedang menolongnya.