Pada 26.11.2010 pergi belajar refleksolgi di HPA sahab perdana bersama dengan temanku Nik Akmar.Bayaran yang dikenakan adalah RM 50 sahaja.Hari tersebut penceramah yang mai ajar adalah PJS Abdullah dari kerinchi,Mc pada hari tersebut adalah PJS Salehudin.Pada sebelah paginya kami belajar berkenaan teori refleksologi dan pada waktu petangya kami belajar praktikalnya.Untuk permulaan refleksologi kami memerlukan tuala good morning dan minyak but-but.Dimulakan dengan niat ,doa san seterusnya kami bermula mengurut tapak kaki masing-masing.Pada mulanya saya reflek kaki nik dan selepas tu nik pula reflek tapak kaki saya.Selepas pada kaki kami diajar pula reflek pada tangan,kemudian keluarkan angin pada lutut pesakit yang sakit lutut dan akhirnya diajar cara mengeluarkan angin pada perawat.Akhirnya kami dapatlah sijil kursus refleksologi.
Pada 2.12.2010 hari ni pergi belajar akupuntur di sahab perdana.Seramai 80 telah hadir dan tenaga pengajar adalah Ibu Ayie dari Indonesia,bayaran yang dikenakan adalah sebanyak Rm 50.Sebelah paginya kami belajar teori berkenaan asas akupuntur yang mempunyai titik sebanyak 360,dan sebelah petangya kami diajar praktikal akupuntur.Kami diajar 10 titik imuniti untuk permulaan bagi siri 1 ni.Saat mulanya memegang jarum akupuntur agak risau,cucukan pada rakan membuatkan darah keluar pada kakinya,tetapi setelah mempunyai keyakinan,10 jarum dicucuk tanpa risau lagi.Dan setelah tapi kursus kami diberikan sijil herbalis akupuntur siri1.
Pada 11.12.2010 hari ni pergi belajar kursus lanjutan saraf tapak tangan.Pada mulanya kami belajar teori oleh ustaz helmi,dan pada sebelah petangya kami belajar secara praktikal dengan PJS Salehudin,alhamdulilah dapat juga ilmu-ilmu yang boleh dipelajari pada hari ni.
No comments:
Post a Comment