1. Menyediakan manual pengguna yang tidak bersesuaian dengan blog kita
Jika pembaca blog kita mahu membaca manual pengguna@terma-terma pembayaran contohnya pada blog kita kemudian apa yang kita sediakan adalah salah dan susah untuk difahami.Pembaca tidak akan belajar menggunakan blog kita,jadi pastikan pengguna mudah mempelajari dan membuatkan blog kita mesra pengguna.
2. Menyediakan lebih banyak iklan daripada kandungan blog kita yang sebenar.
Iklan adalah penting,tetapi jika ianya terlalu banyak,kita telah melakukan kesilapan.Apabila pembaca kita sedar tentang ini,mereka tidak berminat untuk meneruskan membaca keseluruhan blog kita kerana pada blog kita lebih fokus kepada iklan daripada informasi..
3. Terlupa atau sukar untuk mengekalkan,membetulkan kandungan asas blog kita
Jika maklumat pada blog kita mempunyai banyak kesilapan atau lama tidak dikemaskini,ia menunjukkan blog kita tidak bertuan dan sukar untuk pembaca atau pelawat memberi perhatian pada blog kita.Kenapa pembaca kita patut memberi perhatian sedangkan kita sendiri tidak member perhatian pada blog kita.Selain pada itu pastikan penulisan pada blog kita berterusan.
4. Memerlukan banyak bantuan maklumat daripada pembaca
Jika kita memerlukan lebih banyak maklumat daripada pembaca berbanding kita memberi maklumat kepada mereka,ia akan menghadapi masalah.Jika pembaca selalu mencadangkan apa yang perlu kita buat pada blog kita,tanpa kita memberi maklumat yang baik untuk mereka blog kita akan gagal lama kelamaan pembaca akan meninggalkan blog kita.
5. Gambar digunakan terlalu besar
Dengan perkembangan teknologi baru dan inovatif,kita sepatutnya mengambil peluang supaya membina blog mesra pelanggan.Jika page blog kita mempunyai gambar-gambar yang terlalu besar, ini boleh menakutkan pembaca berbanding kita mengambil langkah menarik perhatian mereka ke blog kita.
6. Kandungan yang sama dengan pelawat kita
Ini semestinya kita kena elakkan.Jika kandungan dalam blog kita sama dengan blog pelawat kita,dia tidak akan datang lagi pada blog kita dan tidak akan melihat keseluruhan pada blog kita.Kerana pelawat itu akan anggap kita mengambil maklumat daripada blog lain sahaja dan bukanya hasil sendiri.
7. Memaparkan video secara automatik pada blog
Jika kita mahu pelawat memberi perhatian pada blog kita dengan serius,kita juga handaklah memandang serius.Paparan video secara automatik pada blog kita adalah kurang professional kerana mengganggu perhatian pelawat.Akan tetapi jika bersesuaian dengan tema blog kita tiada masalah dan lebih elok ia diletakkan buka automatic selepas pelawat masuk laman blog kita.
8. Menggunakan terlalu banyak gambar pada blog
Gambar yang banyak membuatkan blog kita lambat untuk dibuka,jadi gambar yang banyak membuatkan pelawat terpaksa menunggu masa untuk masuk ke laman utama blog kita.Jika blog kita mempunyai banyak gambar elok kecilkan saiz gambar tersebut supaya pelawat tidak menunggu masa yang lama dan membuatkan pelawat mencari blog lain.
9. Jangan hanya memberi perhatian pada sesetengah pembaca sahaja
Kita hendaklah memberi perhatian kepada pelawat kita dan memahami kehendak pelanggan kita,Kita jangan hanya memilih kasih untuk sesetengah individu sahaja yang kita beri perhatian,kita kenalah member perhatian kepada pelawat kita dengan sebaiknya.Jika kita tidak boleh memberi perhatian kepada pelanggan kita sukar untuk menjadi seorang blogger yang baik.
10. Elakkan banyak menggunakan jadual atau bingkai pada blog.
Ini juga akan melambatkan blog kita,jika tidak perlu buangkan,guna seminima mungkin dan dapatkan kaedah lain dalam membina laman blog supaya ianya lebih efektif.
No comments:
Post a Comment