Thursday 22 April 2010

Amalan Mendapat Pahala Berterusan

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

Amal manusia yang tidak pernah putusnya mendapat pahala disisi Allah, Ada tiga perkara:

AMAL-JARIAH: Amal Jariah ertinya pekerjaan yang baik umpamanya dia menyumbangkan tenaga atau harta atau fikiran kepada masyarakat untuk pembaikan atau pembiayaan untuk masjid, musolla, madrasah, rumah sakit dan sebagainya maka selagi masjid masih digunakan beribadat, musolla dan madrasah dipakai orang, maka selama itu pula orang tadi mendapat pahala di sisi Tuhan.

Tapi kebanyakan orang berfaham amal jariah itu hanya untuk agama sahaja padahal untuk umum pun termasuk amal jariah juga. Misalnya : Sebuah Jalan atau jambatan yang umum diguna kerosakan, kemudian secara bergotong-royong masyarakat setempat beramai-ramai memperbaiki itupun termasuk amal jariah.

Org awam berpendapat yang dikatakan amal soleh adalah cuma solat dan puasa saja padahal bukan yang demikian. Yang dimaksudkan dengan kata "amal soleh" adalah perbuatan yang baik, baik dalam pandangan mata umum dan juga pandangan agama. Maka tandanya orang beriman, ialah yang suka melakukan amal kebajikan.

ANAK YANG SOLEH (ANAK YG BAIK): Sudah jelas jika orang ingin mempunyai anak yang soleh, tidak mudah diperolehi begitu saja. Maka yang pertama wajib atas org tua mengajar anak dengan pendidikan agama. Selain menghantar anaknya ke sekolah umum dan sekolah agama, orang tua juga harus memberi contoh yang baik kepada anaknya dengan melaksanakan perintah agama. InsyaAllah anak itu akan mencontohi orang tuanya.

ILMU YANG DIAJARKAN KPADA ORANG LAIN : Adapun yang dimaksudkan dengan ilmu adalah bukan ilmu agama sahaja. Ilmu itu adalah umum, ilmu ertinya adalah "Pengetahuan". Sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w. : 'Sempurnanya agama dengan ilmu, sempurnanya dunia juga dengan ilmu."

Jadi tegaslah ilmu apa saja yg telah diajarkan kepada orang lain dan orang lain itu mendapat manfaat dari ilmu tersebut, maka org pertama yang mengajarkannya jika dia seorang muslim dia mendapat pahala yg tidak habis disisi Allah s.a.w.

Misalnya org pandai membetulkan radio rosak kemudian kepandaiannya diajarkan pada orang lain, lalu orang itu mendapat manfaat daripadanya yang disunatkan untuk mencari nafkah, maka orang yang mengajarkannya mendapat pahala "jariyah" dari sisi Allah s.w.t.

Memahat Cita-Cita

Cita-cita adalah sesuatu
yang sangat mulia dan
ia juga dikategorikan
sebagai niat. Cita-cita
diikuti dengan perjuangan
yang bersungguh-sungguh
bagi mencapainya berbeza
dengan panjang angan-angan
yang hanya mimpi kosong
tanpa sebarang pergerakan.
Bila sesaorang itu ada
cita-cita yang besar ia
akan mendapat tentangan
dari persekitaranya kerana
semangat dalam dirinya sudah
tidak melihat lagi besarnya
rintangan yang akan dilaluinya.

Dia perlu memakai pakaian sabar
untuk terus mengekalkan
cita-citanya kerana proses
kejayaan bukan satu hari.
Dia juga perlu menyabarkan
orang-orang yang
bersama-samanya agar kuat
berdiri mengharungi badai
yang terus menerjah.

Bila cita-cita sudah
mula menampakkan hasil
kepenatannya juga semakin
hilang bagai nakhoda yang
mula terpandang kepada
daratan.Bagitulah bermulanya
kejayaan mereka yang telah
memahat sejarah dunia hasil
dari sebuah cita-cita. Oleh
sebab itu hidup perlukan
cita-cita,perjuangan
perlukan cita-cita
dan kejayaan juga
perlukan cita-cita.

Gantunglah cita-citamu
di bulan,nanti bintang
akan berguguran
diribaanmu.

Thursday 1 April 2010

13 Ciri Peniaga Muslim Berjaya



Manusia paling berjaya ialah manusia muslim.Islam adalah asas kejayaan sebagaimana sabda Rasullullah s.a.w;

"Sesungguhnya berjayalah orang yang hidup dengan islam,dikurniakan rezeki yang cukup dan diberi sifat qannah(redha)dengan yang apa Allah berikan kepadanya".

(Riwayat oleh Imam Muslim dari Abdullah bin Umar r.a)

Peniga yang paling berjaya seharusnya peniaga muslim namun dengan syarat ia memiliki ciri-ciri seorang peniaga menurut kaca-mata islam,iaitu;

1.Memahami dasar dan pandangan Islam terhadap harta.
2.Tahu matlamat berniaga.
3.Tidak memperniagakan barangan atau produk yang haram atau syubhah.
4.Mematuhi peraturan perniagaan/jual beli menurut Syara.
5.Bertakwa dan menjaga akhlak ketika menjalankan perniagaan.
6.Tidak mengabaikan ibadah kepada Allah.
7.Tidak lupa mengeluarkan zakat dan bersedekah.
8.Mempunyai ilmu tentang perniagaan.
9.Bersungguh-sungguh dalam menjalankan perniagaan.
10.Sentiasa bertawakal kepada Allah.
11.Selalu berdoa memohon kejayaan daripada Allah.
12.Sentiasa bersyukur kepada Allah.
13.Tidak kufur nikmat;iaitu menggunakan kekayaan untuk melakukan dosa dan maksiat.