Thursday, 22 April 2010

Memahat Cita-Cita

Cita-cita adalah sesuatu
yang sangat mulia dan
ia juga dikategorikan
sebagai niat. Cita-cita
diikuti dengan perjuangan
yang bersungguh-sungguh
bagi mencapainya berbeza
dengan panjang angan-angan
yang hanya mimpi kosong
tanpa sebarang pergerakan.
Bila sesaorang itu ada
cita-cita yang besar ia
akan mendapat tentangan
dari persekitaranya kerana
semangat dalam dirinya sudah
tidak melihat lagi besarnya
rintangan yang akan dilaluinya.

Dia perlu memakai pakaian sabar
untuk terus mengekalkan
cita-citanya kerana proses
kejayaan bukan satu hari.
Dia juga perlu menyabarkan
orang-orang yang
bersama-samanya agar kuat
berdiri mengharungi badai
yang terus menerjah.

Bila cita-cita sudah
mula menampakkan hasil
kepenatannya juga semakin
hilang bagai nakhoda yang
mula terpandang kepada
daratan.Bagitulah bermulanya
kejayaan mereka yang telah
memahat sejarah dunia hasil
dari sebuah cita-cita. Oleh
sebab itu hidup perlukan
cita-cita,perjuangan
perlukan cita-cita
dan kejayaan juga
perlukan cita-cita.

Gantunglah cita-citamu
di bulan,nanti bintang
akan berguguran
diribaanmu.

No comments:

Post a Comment