1.Letakkan keuntuntungan pada target kita yang kedua
Objektif pertama kita mestilah tidak hanya terarah kepada pemasaran untuk orang muslim sahaja tetapi perkara utama dalam minda kita adalah Allah dan meletakkan halal jalan utama kehidupan kita.Mencari keuntungan adalah tidak salah,tetapi kita kena letakan matlamat ini pada nombor 2.
Letak matlamat pada jalan Allah adalah perkara utama dan laksanakan kaedah atau cara-cara mengikut syariat islam dengan jujur,insyaallah pasti berjaya.
2. Perniagaan hendaklah benar dan jujur
Nabi Muhammad S.A.W ada bersabda orang yang jujur dalam perniagaan akan masuk ke dalam syurga jannah.Dalam perniagaan jujur dan benar adalah mustahak.Apabila kita menjalankan perniagaan secara islam ini bermakna kita membina hubungan yang baik dengan pelanggan kita dimana tidak ada penipuan dan penindasan dilakukan.
3. Sentiasa bersifat terbuka dan sedia menerima kritikan
Kita hendaklah bersedia dan mempunyai produk yang baik lagi halal dalam perniagaan yang mana boleh memenuhi kepada kehendak pengguna.Perkhidmatan yang baik akan membina kepercayaan pelanggan terhadap perniagaan mahupun syarikat kita.
Bagi sesetengah perniagaan ada yang memyembunyikan barang baru di stor dan mengeluarkan barang lama@ rosak dahulu untuk dijual kepada pengguna dan ada sesetengah barang disembunyikan untuk tujuan kenaikan harga.
Kita kena beringat,kita dijadikan adalah berbakti untuk Allah.Jika perniagaan kita menipu orang islam,Allah akan tunjuk pada kita apa yang kita telah kita lakukan dan perniagaan kita tidak akan diberkati.
Secara amnya,perniagaan halal tidak hanya kepada seseorang mencari keuntungan.Ia juga perlu menitikberatkan komuniti umat islam sejagat.Walaubagaimanapun,kita bukan hanya memastikan produk kita mengikut piawaian kelulusan kerajaan negeri atau kerajaan pusat sahaja malah yang paling penting adalah mengikut piawaian Al-Quran dan Sunnah.
4.Perniagaan yang Bersih
Perkara paling penting bagi perniagaan makanan khasnya adalah memastikan produk ataupun makanan tidak mempunyai kandungan dan unsur-unsur haiwan yang diharamkan dalam islam seperti kandungan darah,tulang,daging dan lain-lain lagi.Kita tidak hanya memikirkan kepada penjualan produk kita kepada pengguna sahaja malah kita hendaklah juga memikirkan kesan daripada pengguna membeli barang kita dan kesan kepada mereka contohnya sakit atau keracunan makanan disebabkan oleh produk kita,jadi kita sebagai penjual hendaklah memastikan ianya halal dan bersih dan tidak memudaratkan pengguna.
Ini adalah kerana Nabi Muhammad S.A.W ada bersabda Kebersihan adalah sebahagian daripada iman.
Kebersihan bukan hanya pada makanan dan persekitaran sahaja,malah ia termasuklah peralatan ,tempat menyimpan makanan tersebut dan segenap segi yang dititikberatkan dalam islam.
5. Target untuk mencapai matlamat
Kita tidak hanya target pada kejayaan menjual produk halal sahaja.Kita hendaklah berfikir lebih jauh.Kita kena perbesarkan perniagaan kita,pelbagaikan produk-produk dan berusaha mencari jalan untuk meningkatkan tahap perkhidmatan dan margin keuntungan.
Cuba cari sumber-sumber maklumat atau bahan mentah daripada komuniti orang islam yang dihasilkan oleh mereka sendiri ataupun perkongsian dengan rakan-rakan untuk melebarkan rangkaian perniagaan.Dengan melakukan sebegini kita akan mengurangkan kos yang berlebihan di dalam jangka masa panjang dan boleh memberikan harga produk yang lebih baik kepada pengguna kita.
6. Bekerjasama dengan orang lain dalam pemasaran kita
Dalam konsep ummah jangan kita lupakan.Kita hendaklah bekerjasama dengan orang lain dalam mengembangkan perniagaan kita walaupun dalam pemasaran produk yang sama.Tubuhkan persatuan peniaga dan duduk berbincang serta jalinkan kerjasama antara peniaga-peniaga.Kerjasama ini sedikit sebanyak akan memberi perubahan implikasi pada jangka masa panjang dan memberi kebaikan kepada peniaga-peniaga islam serta boleh mendapat lebih kemajuan pada masa akan datang.
Satu contoh dimana kerjasama dapat dijalinkan adalah pada isu menjual daging halal khasnya,kesemua persatuan peniaga komuniti@mukim bekerjasama dalam isu penyembelihan dimana mereka boleh menentukan@menetapkan tempat penyembelihan pada satu tempat sahaja,dengan menetapkan satu tempat menyembelih kos dapat dikurangkan dan membolehkan pengguna mendapat harga yang lebih murah.Kerjasama penting pada perniagaan kerana jika kita bergerak dalam satu kumpulan kekuatan kita dalam pemasaran lebih tersusun dan padu.
7. Jangan jual benda haram
Pertambahan perniagaan islam pada hari ini semakin berkembang,tetapi kita kenalah memastikan produk yang kita jual adalah benar-benar halal dari segenap segi bukan pada produknya sahaja malah faktor-faktor lain juga perlu dititikberatkan.Contohnya VCD ataupun DVD,jika kita menjual vcd lucah misalnya duit yang kita dapat itu adalah haram,tambahan pula kita nak memberikan makan kepada anak isteri.Kita kena pastikan apa yang islam halal dan apa yang islam haramkan.Begitu juga kita mengatakan menjual produk halal tetapi produk tersebut kita ragu-ragu kesahihanya,demi nak carik keuntungan kita tipu pengguna dengan menukar label di kotak tersebut dan pek mengunakan syarikat sendiri dan mengatakan ianya halal.Langkah terbaik kita kena pastikan produk atau barang yang kita jual adalah halal di sisi agama islam sebelum mengambil keputusan untuk menjual produk tersebut.
No comments:
Post a Comment