Thursday, 18 November 2010

Langkah-Langkah nak popularkan blog kita



Jika kita menulis blog sendiri,kemungkinan kita memahami kepentingan kandungan blog yang baik dan memastikan pembaca-pembaca blog kita berminat dengan apa yang hendak kita perkatakan.Kandungan yang baik boleh menarik minat orang ramai dan tidak merasakan boring untuk berkunjung ke blog kita untuk membaca topik-topik yang menarik dalam kandungan blog kita dan kemungkinan pembaca yang sama akan datang semula bagi post kita yang akan datang.Di sini saya senaraikan beberapa jenis cara nak popularkan blog post kita yang boleh kita tulis :

Tips-1. Bagi Tips segera di blog anda

Contohnya kita member tips-tips yang pendek yang membolehkan pembaca mudah faham dan mendapat idea apakah tips-tips dalam perniagaan yang hendak kita berikan contohnya.Patah perkataanya mestilah antara 100-250 patah perkataan sahaja,kalau lebih bukan tips segera,yang tu karangan namanya.Tips segera mestilah pendek,mudah dan terus kepada point-point dia.

Tips-2. Bagaimana isi dalam kandungan blog kita

Kandungan blog hendaklah ditulis dengan jelas dan terperinci berkenaan maklumat dan tajuk yang hendak disampaikan dan ianya berbeza dengan Tips segera tadi.Kandungan blog ini mestilah menceritakan kepada pembaca kendungan yang ditulis dengan jelas selari dengan tajuk yang kita tulis dan boleh memahami pembaca apa yang hendak disampaikan.Kalau boleh sertakan sekali bukti-bukti macam kita buat buku ada bibliografi.

Tips-3. Semak Kandungan yang telah di hantar@post

Kandungan blog mestilah cantik dan jelas yang mana membabitkan produk atau perkhidmatan kita supaya dapat memberi bantuan kepada pembaca untuk membuat keputusan dalam proses pembelian.Semak balik produk kita dan berikan url yang betul ataupun affiliate link kepada pembaca supaya kita mendapat peluang untuk komisen pada post di blog kita.

Tips-4. Sumber pada blog post kita

Selain pada itu salah satu daripada cara nak popular blog kita adalah pada sumber atau maklumat yang kita berikan kepada pembaca.Lebih banyak sumber rujukan lebih banyak pembaca akan datang,atau pembaca yang sama akan membacanya semula.Pembaca sukakan senarai ataupun link-link yang berguna kepada mereka jadi sebolehnya kita berikan mereka sumber-sumber ataupun maklumat-maklumat yang membantu.

Tips-5. Berinteraksi blog post kita dengan pembaca
Pembaca blog biasanya suka dengan pertanyaan dan jika kita post sesuatu dan ada pertanyaan daripada pembaca kita mestilah menjawab dengan baik,dan membatu mereka dengan pertanyaan atau soalan tersebut.Komunikasi ini adalah penting dalam menarik trafik ke blog kita dengan memberikan keyakinan pembaca kepada kandungan blog kita dan tuan punya blog.

Tips-6. Liskan Post yang terbaik

Pada blog kita kita letakkan senarai paling banyak pembaca klik dan baca.Jika kita banyak membaca pada laman web atau blog lain,senaraikan artikel kegemaran kita yang telah kita baca kongsikan dengan pembaca.

Tips-7. Cerita Peribadi kita yang boleh dikongsikan

Setiap penulis blog mempunyai cerita dan pengalaman tersendiri.Pembaca blog kita ingin tahu apakah pengalaman kita sebelum ini yang boleh dikongsikan bersama.Ceritakan berkenaan pengalaman dalam perniagaan ,produk-produk kita jual@beli,seminar-seminar yang kita hadiri dan apakah pengajaran yang kita dapat daripada pengalaman kita sebelum ini.

Tips-8. Kandungan Terbaru

Setiap hari kita mempunyai pelbagai maklumat yang baru.Jadi luangkan masa untuk menulis blog dengan isu-isu dan maklumat semasa ataupun produk-produk baru yang hendak kita sampaikan kepada pembaca.

No comments:

Post a Comment