Wednesday 6 October 2010

3 Langkah utama pemilik perniagaan secara kecil-kecilan perlu ambil perhatian



Langkah 1 : Merombak operasi asal

Mengurangkan terma bayaran kepada pelanggan dan membina strategi harga bayaran secara ansuran supaya boleh memberi kesan kepada aliran tunai perniagaan kita.Kemudian membuat rombakan infrastruktur kos buruh.Menggunakan internet web based supaya dapat menggurangkan kos seperti kertas,masa,tenaga dan lain-lain seperti bil ataupun cara kerja yang boleh diautomasikan melalui laman web,internet dan sebagainya.Cuba berbincang dengan pembekal untuk mendapatkan harga yang murah ataupun berbincang berkenaan terma bayaran supaya boleh dibuat secara ansuran.Membuat audit pada aliran tunai wang keluar supaya membantu mendapatkan semula tunai yang keluar tanpa sebab.


Langkah 2 : Menyemak Belanja

Tanya pada diri anda apa yang apakah belanja yang patut dihapuskan,apa yang kita boleh dapat secara percuma dan apa yang boleh kita dapat secara pinjam@sewa.Adakah kita boleh mejadi lebih baik daripada usahawan lain ?.Bolehkah kita mengurangkan belanja terhadapa peralatan yang mahal atau kita mengurangkan belanja dengan menyewa?.Ini adalah idea asas yang memberi gambaran kepada kita bagaimana mendapat keperluan kita dengan harga yang murah.



Langkah 3 : Memastikan keperluan dalam perniagaan

Ini adalah langkah di mana kita mengambil masa untuk melihat jumlah tunai yang dicari dan apa sebenarnya yang kita cari.Apabila kita menentukan apa yang kita cari dalam perniagaan kita berbanding apa yang kita tidak mencari.Kita boleh berhenti berbincang mengenai dengan kos dan masalah yang lain.Kita tidak lagi fokus kepada sesuatu perkara yang merugikan sebaliknya memastikan memastikan perniagaan kita bergerak mengikut perancangan dan keperluan pengguna.

Apabila kita mempunyai langkah seperti diatas,kita akan menjadi lebih baik dalam perniagaan kita daripada sebelum ini.

No comments:

Post a Comment