Thursday 7 October 2010

10 perkara yang perlu ada lakukan supaya laman web mengikut kehendak pengguna.


1.Adakah Pernigaan yang kita jalankan  unik

Menjawab kepada persoalan tersebut ”adalah lebih menarik dan  secara jujurkita mungkin sukar melakukanya tetapi tidak mustahil.Sebagai contoh kita menulis berkenaan dengan pengurusan biokimia yang  mana  memerlukan kepada kepakaran dari segi,tahun pengalaman dan secara  mendalam berpengetahuan beranding orang lain. Kita perlu menjawab.Apakah  keunikan dalam perniagaan kita ?.Persoalan pelanggan kepada kita.Kenapa patut saya beli dari kamu ? Kehilangan keunikan ini banyak berlaku di laman  web perniagaan kecil-kecilan kerana pemilik tidak   mempunyai strategi berfikir apakah keperluan pelangganya dalam perniagaan kita.

2. Huraian Secara jelas apa jenis perniagaan anda jalankan.

Apabila kita melawati banyak laman web kita tidak mengetahui apakah perniagaan yang ditawarkan oleh laman web tersebut.Untuk itu bina keutamaan pada muka depan laman web kitasekurang-kurangya maklumat umum berkenaan dengan produk  dan perhidmatan yang  kitajalankan dapat disampaikan kepada pengguna dengan lebih senang difahami.Kita kena banyak member pengetahuan dan maklumat kepada pengguna tentang perniagaan kita supaya lebih  kompetitif. Sesetengah pemilik laman web berasa pengguna tidak mempunyai sebab untuk menghubungi mereka melalui telefon  jika mereka dapat semua maklumat pada laman web.Ini adalah keperluan seimbang yang perlu dicapai bagi member maklumat yang cukup kepada pelanggan supaya boleh berbincang.Kebiasaanya  pengguna tidak akanmenghubungi kita jika maklumat tidak cukup,mereka hanya pergi ke laman web pesaing kita yang lain.

3. Maklumat perniagaan termasuklah  no telefon dan lokasi perniagaan

Sesetengah syarikat tidak mahu  member itahu lokasi perniagaan mereka,mereka lebih sukar menjalankan perniagaan secara online dan tdak perlu untuk memberikan alamat lokasi perniagaan ataupun nombor telefon.Sesetengah  adalah  alamat perniagaan di rumah,mereka malu ataupun mereka bimbang sesetengah orang akan menggangu mereka jika member alamat.Ini adalah penting dan ia adalah jalan kita dalam  membangunkan kreadibiliti dan kepercayaan  pelanggan terhadap kita.Selain pada itu jika boleh kita sepatutnya memberi maklumat perniagaan lengkap termasuklah sekali dengan pelan lokasi ke tempat perniagaan kita,jika rumah,bina pelan  ke rumah kita.

4. Testimoni dari pelanggan 

Senarai testimoni dari perlanggan,penghargaan dan pandangan yang diterima.Potensinya adalah pelanggan ingin mengetahui dengan siapa kita berniaga dan apakah maklumat semasa pelanggan komen berkenaan pengalaman mereka tentang produk kita.Senarai pelanggan adala h penting jika penlanggan kita menjalankan perniagaan.Jika kita mempunyai pelanggan yang terkenal,orang akan berminat untuk membacanya dan sebelum itu pastikan mendapat persetujuan daripada pelanggan kita sebelum kita siarkan di laman web.Sebagai contoh  kita mempunyai rangkaian social seperti blog,facebook,twitter dan  lain-lain laman social yang berkaitan perniagaan kita dan mempunyai testimoni dari mereka dan ia adalah sebagai pengesahan pelanggan terhadap produk kita khasnya.

5. Keselamatan maklumat peribadi pelanggan kita

Secure Socket layer adalah sistem dalam membantu melindungi maklumat peribadi pelanggan kita semasa pertukaran maklumat pada laman web kita.Jika laman web  kita mempunyai e-commerce seperti maklumat kad kredit untuk tujuan proses pembayaran,,pelanggan kita mesti tahu adakah maklumat data kad kredit akan selamat.Jika tidak kepercayaan akan berkurangan.Kita patut beritahu apakah sistem keselamatan pada laman web kita untuk melindungi keselamatan pengguna.

6. Mudah dan senang mencari maklumat produk

Jika pengguna kita sukar menggunakanya  laman web kita mereka tidak dapat hendak membeli,Bina maklumat bimbingan untuk membantu mereka,supaya mudah dan senang mencari produk kita.Kajian perlu dilakukan bagi memastikan pengguna mencari maklumat produk kita dengan cepat dan  mudah.Bina Search box bagi membolehkan pengguna menaip apa yang mereka kehendaki pada laman web kita.

7. Bantuan yang jelas dan mudah proses perniagaan kita

Biarkan pelanggan kita tahu langkah demi langkah seperti bagaimana hendak tempah@membeli produk kita,kemana mereka perlu pergi dan apa patut mereka mereka buat.Pelanggan  juga mahu kan maklumat  yang  jelas berkenaan kos penghantaran dan prosedur selepas bayaran.Akhir sekali pengguna hendak tahu bagaimana kita menyelesaikan komen dan masalah berkenaan prosedur pemulangan barang dan adakah wang akan dikembalikan.Proses ini boleh diketegorikan sebagai FAQ (Frequently asked question)yang mana hendaklah mengasingkan dengan fungsi tempahan.Termasuklah bagaimana pengguna boleh menghubungi kita untuk maklumat lebih lanjut.

8. Laman web yang boleh member komen  pengguna@pelanggan

Tingkatkan komen pengguna terhadap produk anda dan perkhidmatan anda,berkenaan proses tempahan dan lain-lain maklumat umum dengan menyediakan komen dari pelanggan.Kita hendaklah mendapat cerita atau  komen yang baik terhadap produk dan perkhidmatan kita melaui laman web atau blog yang kita sediakan.

9. Perkataan  jelas pada butang yang hendak di klik

Pelanggan mahu  klik dan sahkan butang untuk membuat tempahan seperti “Beli Sekarang” ataupun “Daftar pengguna” pada maklumat web kita.Akan tetapi sesetengah laman web perniagaan kecil  tidak menyediakan perkataan yang jelas bagi tindakan pengguna.Ini akan membuatkan pelanggan kita tidak yakin untuk membeli.


10. Tawaran atau promosi  khas kepada pengguna

Dengan memberikan diskaun ataupun harga runtuh ,insentif ataupun kupon,pada perniagaan  kecil-kecilan kita,ini akan member implikasi yang besar pada perniagaan secara besar-besaran.Sebagai contoh yang mudah kita tulis nota kecil secara manual “Terima Kasih”,beri hadiah  percuma ataupun  tawaran  istimewa kepada pelanggan  anda yang berulang.Berbincang dengan pelanggan secara peribadi berkenaan perniagaan  juga adalah sesuatu yang baik bagi perniagaan secara kecilan yang mana perniaga besar tidak dapat  lakukan.

No comments:

Post a Comment