1. Kandungan Komen-Komen
Blog syarikat tidak semestinya hanya pada kandungan laman blog sahaja ,ia juga termasuklah komen-komen dan interaksi kita dengan peengguna dalam blog kita atau pengguna blog lain.Yang penting respon komen-komen pada blog kita dan juga komen-komen yang kita dapat dari pengguna.Interaksi atau perbualan melau i laman blog adalah pentng dalam membina perhubungan dengan pelanggan dan meningkatkan reputasi komuniti perniagaan kita.
2. Mengesan interaksi
Mengesan interaksi pada laman blog adalah salah satu aspek yang sukar kepada pemilik blog.Tetapi ,teknologi sekarang membolehkan kita mengenalpasti sejarah perbualan kita.kita boleh menggunakan coCommentuntuk mengesan kembali apa yang telah kita komen pada blog-blog kita dan blog lain.
3. Personaliti
Ini adalah penting dalam pembinaan blog kita kerana ia akan mengambarkan tetang personaliti dalam perniagaan kita adakah secara suka-suka, ataupun mengambarkan sebuar syarikat yang mahu menjalankan perniagaan dengan bersungguh-sungguh.Penulisan yang tidak formal adalah mustahil akan membantu dalam perniagaan anda kerana pelanggan kurang kepercayaan.Jadi personaliti dalam penulisan blog adalah penting.
4. Pembacaan dan Kajian
Sebelum bermula untuk menulis blog,ambil masa untuk membaca blog-blog lain.Buat kajian pada blog yang anda minati untuk belajar berkenaan kandungan dan budaya dalam blog tersebut supaya member inspirasi dan gambaran kepada anda.
5. Mencuba menulis kandungan blog
Jika kamu merancang untuk melancarkan blog kemudian,mula menulis sekarang dengan latar belakang dahulu.Ini akan dapat memberikan kita pendedahan penulisan asas dahulu dan membica dalam perbualan kita sebelum kita lancarkan penulisan yang sebenar.Jika kita tidak mengambil langkah ini kita sukar untuk nak tingkatkan pengalaman kita.
6. Rancang kandungan anda
Ini termasuklan host yang kita nak binacontohnya : http://mymzzone.blogspot.com.Kalau boleh hendaklah mengambarkan perniagaan anda ataupun tema syarikat anda yang orang mudah ingat dan senang.Kebanyakan syarikat bermula dengan cara percuma domain dengan membina blog dahulu sebelum membina website.Luangkan sedikit masa dengan sebaiknya supaya ia dapat memberikan yang terbaikt pada domain dan kandungan dalam penulisan blog atau laman web kita.
7. Mesra pelanggan
Anda mesti ingat perkara asas dalam membina blog adalah untuk interaksi dengan orang ramai.Bagi menjadikan kandungan baik dalam menulis blog jangan mengikut emosi ,kritkan –kritikan melampau terhadap orang lain dan kesilapan-kesilapan semasa penulisan hendaklah cepat diperbetulkan.Ini adalah kerana blog kita blog perniagaan bukan blog untuk luahan hati dan sebagainya.
8. Layan pembaca anda dengan baik
Ini adalah rahsia kejayaan.Perkara yang paling penting adalah kepada pembaca kita,Layan pembaca kita seperti seorang pembeli atau pekerja kita.Bagi tips-tips dan jika mereka ingin cari sesuatu barang tiada tempat kita,bantu meraka dengan memberikan link-link yang sesuai.Kamu mungkin kehilangan jualan tetapi untuk jangkama sapanjang pembaca terbabit akan suka pada blog kita,Tidak mustahil nanti dia akan membeli pada kita pula.
9. Sertai perbincangan sebelum bermula sesuatu yang baru
Orang akan bersedia bercakap berkenaan isu yang mereka ambil perhatian contohnya isu-isu semasa.Baca apa yang mereka katakana dan ambil bahagian dalam perbincangan tersebut.Kemudian apabila kita untuk berbicara mengenai isu baru,kita telah mempunyai kreadibiliti dan kepercayaan.Jika kita cuba berbincang perbualan dengan orang yang tidak mengenali kita sebelum ini mereka sukar untuk mempercayai kita.
10. Korporat blog perlukan masa dan perhatian lebih.
Kita kena memahami jumlah masa,tenaga dan komitmen yang diperlukan untuk menstabilkan blog yang baik,kebiasanya kegagalan yang dilakukan oleh kebanyakan syarikat adalah tidak memperuntukan masa untuk pembaca-pembaca ataupun pelanggan.
No comments:
Post a Comment