Sunday, 10 October 2010

Cara membina jenama dalam perniagaan sendiri




Jenama adalah penting.Tanpa jenama yang baik,perniagaan akan kurang dikenali dan sukar untuk berkembang. Jenama adalah bukan pada logo,produk,slogan ataupun syarikat.Jenama adalah satu komunikasi antara kita dengan pengguna dan memenuhi setiap interaksi antara kita dengan pengguna seperti pengalaman dan lain-lain.Jadi bagaimana perniagaan yang kecil boleh kita bina sehingga menjadi jenama yang lebih efektif dan terkenal.

Di sini terdapat cadangan 3 langkah proses penjenamaan dalam membantu perniagaan kecil :

Konsisten

Mesej,gambar dan lain-lain mestilah konsisten,jangan biarkan pelanggan konfius dengan perkara- perkara tersebut.

Usaha Berterusan
      Jangan bina produk di waktu malam,atau tidak mengendahkan waktu urusaniaga orang lain.Jaga perniagaan  kita dengan mengutamakan pelanggan dan kualiti. 

      Tindakan
        Jangan memperbetulkan kesilapan dalam jangka masa lama,ambil tindakan segera jika ada kekurangan dan kesilapan.

        Jenama dibina oleh pengguna bukanya oleh syarikat.Tetapi syarikat bertindak menarik kepercayaan dan keberanaian pengguna terhadap produk kita kerana pengguna mencipta jenama melalui pengalaman dan juga emosi mereka terhadap produk kita.

        Apabila kita membina jenama ia adalah penting dalam mengetahui pesaing kita.Apabila kita tahu apa yang kita nak bangunkan kita akan berjaya dalam megenalpasti  kelemahan pesaing,posisi anata kita dengan mereka,mebina produk  atau perhidmatan yang lebih unik dan melihat peluang yang ada serta cara perkhidmata mereka dengan kita adalah berbeza.

        Bina royalti untuk jenama anda,ia adalah mustahak untuk membangunkan dalam perniagaan anda secara keselruhan.Apabila tanggapan pelanggan dan perasaan pelanggan terhadap  jenama kita melebihi,mereka akan akan membina keyakinan dan perasaan pada produk dan jenama kita selalu berbanding jenama lain.

        No comments:

        Post a Comment