Masa start menceburi perniagaan internet ni kira awal 2009 jugak,akan tetapi akaun lelong dan ebay saya didaftarkan pada awal tahun 2007.Saya mula mengkaji macamana nak memulakan perniagaan ini.saya mula membeli barang di lelong.com.my dan nak tahu cara transaksi.Saya berjaya mendapatkan beberapa feedback hasil dari belian saya itu.Haaa x tau lg nak beriaga hanya jadi pembeli ja,dah tukar bidang ni.Kemudian saya bertukar pula kepada ebay sebab saya baca di internet banyak sangat usahawan-usahawan ebay ni.Saya mula membaca forum-forum,artikel-artikel untuk menambah pengetahuan.Di samping itu saya mula membeli barang-barang di ebay untuk mencari feedback,saya membeli setem-setem,syiling-syiling dan sebagainya.
Dipendekkan cerita sekitar awal baru saya mula nak berniaga ni,first time la katakan,Mula sekali list x sampai 2 ari dah kena remove listing oleh tok ebai.Sebabnya menuntut ilmu x habis,saya ada beli setem kat ebay malaysia,lepas tu saya guna gambar seller tu,memang la kena sebab copy gambar hakcipta dia walaupun barang tu saya dah beli.Dah luntur semangat,lepas tu baca balik polisi dia baru tau salah.Kemudian ambil gambar pula baran-barang ayah saya berniaga di pasar malam list kat ebay.Tak kena remove tapi x laku lagi.Poning dok memikir camana la org berjaya jual boleh laku.Setelah dikaji dekat market-market dan dekat forum-forum saya berniaga ikut sedap hati x ikut pasaran semasa,patut la pun x laku.X cukup ilmu lagi.
Tanpa mengalah lagi satu hari saya terjumpa satu kaedah dropshipping,haa kaedah tu saya tengok kat satu laman internet.Saya nengok gambar tu cara proses dropshipping,setelah mengkaji-mengkaji saya cuba try nak dropshipping ni.Tapi x tahu nak dropshipping apa pulak.Saya pergi register dekat supplier tersebut saya tanya sorang supplier ni.Saya nak jual barang apa laku dekat ebay.Dia pun bg satu gambar kat saya dia suruh saya try.Saya pun try la tapi ragu2 lagi.Setelah list selama 5 ari akhirnya saya berjaya memperoleh kemenangan yang pertama dengan hasil 145 USD.Bila check kat paypal ada 145USD tu tapi hold pulak,camana nak ambil.bila baca2 x cukup feedback dan jualan melebihi 100USD.Hmm terpaksalah guna duit sendiri dulu.genap seminggu dapatlah feedback dari buyer ni,cehck dekat paypal dah released 145USD.Alhamdulilah dapat lah untungnya.Setakat itu dulu sejarah saya kali ini panjang lagi nak cerita pun,nanti ada masa lagi saya ceritakan pula berkenaan dengan transaksi paypal saya dan pengalaman-pengalaman lain.Insyaallah.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment