Thursday 26 November 2009

Sejarah Bermulanya Perniagaan

Assalamualaikum w.b.t
Saya merupakan anak peniaga dari kecil sehingga besar.Pada awalnya sekitar umur 11 tahun bermulanya saya di bidang perniagaan.Ayah saya merupakan seorang pekerja kerajaan dan disebabkan oleh anak ramai terpaksa berniaga mencari pendapatan sampingan.Pada ketika umur 11 tahun saya mula berniaga di staduim Darulaman Alor Setar,perniagaan pertama saya ceburi adalah berniaga kacang."Mari-mari kakak abg adik pakcik makcik kacang rebus panas"haaa tu seruan untuk org mai beli kacang .Mulanya agak malu dan kekok jugak nak berniaga ni akan tetapi lama kelamaan jadi minat dan x malu dah.

Dipendekkan cerita sampai masuk universiti keluar universiti pun nak berniaga tu ada jugak dalam diri.Banyak pengalaman berniaga secara kecil-kecilan ja besaq-besar belum lagi.Selepas tamat universiti pada awal 2007 saya mula mendaftar perniagaan di SSM.Lepas tu register Lesen Kementerian Kewangan.Semuanya saya usaha sendiri untuk dapatkanya.Sejak itu saya mula menghantar profil-profil ke pejabat kerajaan dan Usaha pertama saya berhasil dan menyusul lagi selepas itu.Akan tetapi pernigaan ini minat dalam tander ini x seberapa.Saya berenti dulu entah sampai bila pula nak mula disebabkan cara nak dapatkan tander ni banyak pancarobanya,tapi x sedap cara berniaga macam ni banyak rasuah2 dalam bidang ni.Oleh itu dah kurang minat melainkan dapat secara halal betul baru saya ambil.Kalau dapat cara x betul ni x berkat ada duit x pernah nak lekat,sat kereta rosak dan sebaginya.Elok x payah,duit x da x pa asalkan hati senang cukup makan.

Disamping tu saya mula mendaftar di ebay,lelong teringin pulak nak berniaga cara internet ni.

Bersambung......

No comments:

Post a Comment