Wednesday, 15 September 2010
Pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan memberi seribu makna
Selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 1999 saya mengikut ayah saya berniaga di merata-rata ekspo jualan barang di sekitar kedah dan Pulau Pinang sementara menunggu keputusan SPM.Antara ekspo atau karnival jualan yg saya pergi adalah seperti di Jitra,Guar Cempedak,Taman Pelangi di Juru dan yang seterusnya di Tasek Gelugor Pulau Pinang.Saya bersama paksu berniaga semua jenis jam pada masa tu dan kedai kami diberi nama "Uncle Master Times".Antara tempat yang masih teringat dalam benak saya sehingga sekarang adalah di Karnival Jualan Tasek Gelugor.Kami biasanya bertapak selama sebulan di setiap karnival jualan dan di Tasek Gelugor pun kami berada di sana dalam sebulan juga lamanya.Siang malam kami berada di khemah untuk berniaga,berjaga dan sebagainya.Pada waktu magrib sauatu hari saya pergi ke masjid untuk menunaikan solat magrib di masjid Tesek Gelogor.Saya agak kelewatan sedikit berbanding makmum-makmum lain.Saya berjalan seorang diri untuk ke masjid dan apabila sampai di masjid dan hendak pergi mengambil wuduk tiba-tiba saya terpandang satu sudut berhampiran masjid dan tergamam saya di situ beberapa saat.Makmum-makmum lain sedang khusyuk mengerjakan solat magrib bersama imam.Akan tetapi satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan saya terpandang satu sudut berupa seorang perempuan bertudung putih dan berjubah putih di tepi masjid.Keadaanya rupanya bagaikan angin,tiada muka yang saya nampak,tetapi memakai jubah putih dan tudung putih.Saya terpaku di situ beberapa saat tanpa mengerling ke arah lain,tiba-tiba terdengar tapak kasut dari belakang,bila saya toleh ke belakang ada makmum yg datang lewat pada saya untuk mengambil wuduk.Apabila saya menoleh semula ke tempat perempuan tadi,sudah tiada apa-apa di situ lagi,saya pun istifar kepada Allah s.w.t untuk menguatkan diri saya.Setelah selesai solat semua saya kembali untuk meneruskan perniagaan.Saya bertanyakan kepada rakan-rakan niaga yang dan mencertiakan kepada mereka,ada yang bg pandangan itu adalah jin islam,ada yg mengatakan itu adalah syaitan.Saya pun x tahu mana satu tapi makluk yg saya nampak tu tidak menakutkan saya bentuknya macam manusia biasa cuma mukanya saja tiada macam pakai tudung tanpa muka@kita nampak macam angin sahaja mukanya. Dalam benak saya,saya betanyakan siapakan makluk itu,kalau dia jin islam kenapa dia x solat.Lama juga memikirkan,saya cuba membaca dan membaca dan ada mengatakan alam jin tidak sama waktu dengan kita,hmm mungkin dia dah solat magrib tapi tak sama waktu dengan kita saja.Dan kesimpulanya selepas 11 tahun mencari jawapan,saya baru paham,itu adalah hikmah dari Allah S.w.t dan kebesaranya supaya kita sentiasa beringat kepadanya.Itulah Tuhan alam semesta yang menjadikan jin dan manusia supaya beribadat dan tunduk kepadanya.Apa yang dapat saya simpulkan di sini dalam alam jin pun ada memakai jubah dan tudung,itulah islam sebenarnya dan kebenaran islam yang Allah nak tunjukkan.Yang Baik datang dari Allah dan Yang Buruk itu adalah kelemahan diri saya sendiri.Allah Maha Besar,Allah Maha Besar.Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
yeke zaki
ReplyDeleteya kamal
ReplyDeletebaik cikgu,saya baru belajar menulis.nak bg pantun kat cikgu norazalina.
ReplyDeleteNaik motor pi Alor Setar,
Beli perkasam di pekan rabu,
Saya ayah baru belajar,
kalau salah cikgu tolong tunjukkan.
Sekian Terima Kasih.