Tuesday, 21 September 2010

Coklat Gift

Sample Coklat gift 1


 Sample Coklat  gift 2



Tawaran harga cuma Rm 55.00 Sahaja 
Kos Penghantaran Pos Laju
+
35 Biji Coklat


Kami menawarkan tempahan untuk hantaran bagi Coklat Gift untuk sempena majis perkahwinan,persahabatan,rakan-rakan dan untuk sebarang majlis yang hendak diadakan.

Tulisan perkataan coklat adalah mengikut kehendak anda sendiri

Terdapat 7 perisa coklat dan boleh dicampur :
1.Yam
2.Strawberry
3.Bluberry
4.Durian
5.Mint
6.Orange
7.Mocca/Cofee

Terdapat 3 Asas coklat :

1.Dark chocholate
2.Milk chocholat
3.White chocholate

Setiap penambahan hazelnut atau badam dikenakan 10 sen setiap 1 coklat

untuk pertanyaan lanjut boleh emelkan kepada : email gift.choco@gmail.com
@ boleh hubungi terus saudara Shafful 017-7003957

Wednesday, 15 September 2010

Pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan memberi seribu makna

Selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 1999 saya mengikut ayah saya berniaga di merata-rata ekspo jualan barang di sekitar kedah dan Pulau Pinang sementara menunggu keputusan SPM.Antara ekspo atau karnival jualan yg saya pergi adalah seperti di Jitra,Guar Cempedak,Taman Pelangi di Juru dan yang seterusnya di Tasek Gelugor Pulau Pinang.Saya bersama paksu berniaga semua jenis jam pada masa tu dan kedai kami diberi nama "Uncle Master Times".Antara tempat yang masih teringat dalam benak saya sehingga sekarang adalah di Karnival Jualan Tasek Gelugor.Kami biasanya bertapak selama sebulan di setiap karnival jualan dan di Tasek Gelugor pun kami berada di sana dalam sebulan juga lamanya.Siang malam kami berada di khemah untuk berniaga,berjaga dan sebagainya.Pada waktu magrib sauatu hari saya pergi ke masjid untuk menunaikan solat magrib di masjid Tesek Gelogor.Saya agak kelewatan sedikit berbanding makmum-makmum lain.Saya berjalan seorang diri untuk ke masjid dan apabila sampai di masjid dan hendak pergi mengambil wuduk tiba-tiba saya terpandang satu sudut berhampiran masjid dan tergamam saya di situ beberapa saat.Makmum-makmum lain sedang khusyuk mengerjakan solat magrib bersama imam.Akan tetapi satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan saya terpandang satu sudut berupa seorang perempuan bertudung putih dan berjubah putih di tepi masjid.Keadaanya rupanya bagaikan angin,tiada muka yang saya nampak,tetapi memakai jubah putih dan tudung putih.Saya terpaku di situ beberapa saat tanpa mengerling ke arah lain,tiba-tiba terdengar tapak kasut dari belakang,bila saya toleh ke belakang ada makmum yg datang lewat pada saya untuk mengambil wuduk.Apabila saya menoleh semula ke tempat perempuan tadi,sudah tiada apa-apa di situ lagi,saya pun istifar kepada Allah s.w.t untuk menguatkan diri saya.Setelah selesai solat semua saya kembali untuk meneruskan perniagaan.Saya bertanyakan kepada rakan-rakan niaga yang  dan mencertiakan kepada mereka,ada yang bg pandangan itu adalah jin islam,ada yg mengatakan itu adalah syaitan.Saya pun x tahu mana satu tapi makluk yg saya nampak tu tidak menakutkan saya bentuknya macam manusia biasa cuma mukanya saja tiada macam pakai tudung tanpa muka@kita nampak macam angin sahaja mukanya. Dalam benak saya,saya betanyakan siapakan makluk itu,kalau dia jin islam kenapa dia x solat.Lama juga memikirkan,saya cuba membaca dan membaca dan ada mengatakan alam jin tidak sama waktu dengan kita,hmm mungkin dia dah solat magrib tapi tak sama waktu dengan kita saja.Dan kesimpulanya selepas 11 tahun mencari jawapan,saya baru paham,itu adalah hikmah dari Allah S.w.t dan kebesaranya supaya kita sentiasa beringat kepadanya.Itulah Tuhan alam semesta yang menjadikan jin dan manusia supaya beribadat dan tunduk kepadanya.Apa yang dapat saya simpulkan di sini dalam alam jin pun ada memakai jubah dan tudung,itulah islam sebenarnya dan kebenaran islam yang Allah nak tunjukkan.Yang Baik datang dari Allah dan Yang Buruk itu adalah kelemahan diri saya sendiri.Allah Maha Besar,Allah Maha Besar.Wallahualam.

Friday, 3 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfirti -Maaf Zahir dan Batin


Kami bagi pihak Mzz One Enterprise sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua muslimin dan muslimat ,rakan taulan,guru-guru,pensyarah,keluarga dan yang mengenali diri saya tak kira di mana jua berada.Semoga pulang berhari raya dengan selamat,berhati-hati di jalan raya jgn lupa baca doa naik kenderaan,tak lupa juga kepada customer-customer Mzz One Enterprise,jika ada salah dan silap,terlebih terkurang sepanjang urusan jual beli dalam perniagaan kami menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dari pihak tuan dan puan.Yang Baik Datang dari Allah yang lemah itu datang dari kami sendiri.Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.