Wednesday, 6 October 2010

3 Tips Untuk Berjaya Dalam Media Sosial




Membina media sosial tanpa perancangan dan strategi adalah seperti terjun ke dalam kolam yang mana kita tidak dapat nak berenang.Sebagai usahawan yang berjaya tiga perkara yang perlu di titik beratkan supaya berjaya dalam rangkaian sosial adalah :

1.Bina dan tingkatkan tahap kecekapan dalam rangkaian sosial kita

Ia adalah di mana kita hendaklah meningkan perniagaan kita kepada dari kurang baik ke terbaik.Jika sebelum ini kita berniaga secara tradisional dengan mempromosikan cara lama kita tukarkan cara perniagaan kita ke arah online.Ia termasuklah seperti dengan mendapat maklumbalas testimoni-testimoni,pandangan pelanggan kita dalam menggunakan perkhidmatan atau produk kita di laman blog,website kita.Jika ramai penguna mengatakan ya,maka kuatlah rangkaian kita,jika ramai mengatakan tidak maka perancangan perlu lebih teliti supaya perniagaan kita lebih berdaya saing dan berkualiti.
Jika kita mengambil masa yang lama untuk mempertingkatkan kecekapan dalam rangkaian sisoal,kita sukar untuk SPAM pelanggan kita.SPAM adalah :
Sales    - Sukar membuat jualan
Pithing  - Kurang keyakinan dari pelanggan
After    - Terlepas peluang dalam mempromosikan produk baru
Master - Tidak Mahir dalam perniagaan sendiri

Bina Tembok yang kuat untuk menyelamatkan perniagaan anda dan sentiasa stabil dalam membina dan meningkatkan prestasi kualiti dalam membina rangkaian.

2.Pilih Kualiti bukan Kuantiti

Lebih ramai orang yang kita kenali,lebih kurang kita mendekati mereka.Contohnya jika kita mengenali 50,000 orang rakan melalui online,Soalanya bolehkan kita membina rangkaian yang akrab?.Jawapanya,kita tidak boleh.Berhenti berfikir mengenai angka 50,000 tersebut.Kesimpulanya dalam media sosial ini kita hendakah berani merancang dan pelan dengan betul supaya dapat  mempromosikan dengan baik kepada  rakan sosial kita.Fokusnya kepada kepercayaan rakan sosial kita terutamanya dalam perniagaan kita dengan memberi perkhidmatan terbaik kepada mereka supaya mereka suka dengan kita dan bukan mencari ramai rakan sosial tapi seorang pun tidak percaya kepada kita.

3.Mempunyai perancangan dan prosedur

Bayangkan kita sebagai jawatankuasa untuk satu trip ke luar negara,tetapi tidak mempunyai pelan dan perancangan perjalanan.Ini adalah anologi kesilapan yang banyak dilakukan oleh seorang usahawan,tidak mengambil berat dalam polisi dan prosedur dalam membina rakan sosial.Pekerja kita,vendor ,rakan-rakan dan lain-lain tidaklah sepatutnya ragu berkenaan produk atau perniagaan kita .Mereka adalah bebas bertanya dan membincangkan topik tanpa limit dengan kita.Mempunyai polisi yang dipersetujui oleh pekerja-pekerja pula akan memberikan perlindungan kepada kita kelak,jika pekerja kita berenti ataupun diberhentikan kerja.Bayangkan jika pekerja tersebut membawa berita tidak baik mengenai business kita.Mesti business kita cepat hilang kepercayaan kerana pekerja tersebut.Jika mereka telah tandatangani perjanjian dan mengikut polisi di tempat kerja kita,kita sedikit sebanyak akan selamat,kerana ia akan melibatkan kes tersebut ke mahkamah.Rangkaian sosial adalah cara dan teknik baru mendekatkan diri dengan pelanggan dan cara pemasaran tradisional kita patut kurangkan  kerana ianya banyak melibatkan kos,kurang effektif dan merupakan komunikasi satu hala sahaja.Dengan media sosial yang baru kita dapat terus berkomunikasi secara dua hala dengan pelanggan kita.

Tuesday, 5 October 2010

12 Fvorite foods of Nabi Muhammad S.A.W


* Dipetik dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Tuesday, 21 September 2010

Coklat Gift

Sample Coklat gift 1


 Sample Coklat  gift 2



Tawaran harga cuma Rm 55.00 Sahaja 
Kos Penghantaran Pos Laju
+
35 Biji Coklat


Kami menawarkan tempahan untuk hantaran bagi Coklat Gift untuk sempena majis perkahwinan,persahabatan,rakan-rakan dan untuk sebarang majlis yang hendak diadakan.

Tulisan perkataan coklat adalah mengikut kehendak anda sendiri

Terdapat 7 perisa coklat dan boleh dicampur :
1.Yam
2.Strawberry
3.Bluberry
4.Durian
5.Mint
6.Orange
7.Mocca/Cofee

Terdapat 3 Asas coklat :

1.Dark chocholate
2.Milk chocholat
3.White chocholate

Setiap penambahan hazelnut atau badam dikenakan 10 sen setiap 1 coklat

untuk pertanyaan lanjut boleh emelkan kepada : email gift.choco@gmail.com
@ boleh hubungi terus saudara Shafful 017-7003957

Wednesday, 15 September 2010

Pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan memberi seribu makna

Selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 1999 saya mengikut ayah saya berniaga di merata-rata ekspo jualan barang di sekitar kedah dan Pulau Pinang sementara menunggu keputusan SPM.Antara ekspo atau karnival jualan yg saya pergi adalah seperti di Jitra,Guar Cempedak,Taman Pelangi di Juru dan yang seterusnya di Tasek Gelugor Pulau Pinang.Saya bersama paksu berniaga semua jenis jam pada masa tu dan kedai kami diberi nama "Uncle Master Times".Antara tempat yang masih teringat dalam benak saya sehingga sekarang adalah di Karnival Jualan Tasek Gelugor.Kami biasanya bertapak selama sebulan di setiap karnival jualan dan di Tasek Gelugor pun kami berada di sana dalam sebulan juga lamanya.Siang malam kami berada di khemah untuk berniaga,berjaga dan sebagainya.Pada waktu magrib sauatu hari saya pergi ke masjid untuk menunaikan solat magrib di masjid Tesek Gelogor.Saya agak kelewatan sedikit berbanding makmum-makmum lain.Saya berjalan seorang diri untuk ke masjid dan apabila sampai di masjid dan hendak pergi mengambil wuduk tiba-tiba saya terpandang satu sudut berhampiran masjid dan tergamam saya di situ beberapa saat.Makmum-makmum lain sedang khusyuk mengerjakan solat magrib bersama imam.Akan tetapi satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan saya terpandang satu sudut berupa seorang perempuan bertudung putih dan berjubah putih di tepi masjid.Keadaanya rupanya bagaikan angin,tiada muka yang saya nampak,tetapi memakai jubah putih dan tudung putih.Saya terpaku di situ beberapa saat tanpa mengerling ke arah lain,tiba-tiba terdengar tapak kasut dari belakang,bila saya toleh ke belakang ada makmum yg datang lewat pada saya untuk mengambil wuduk.Apabila saya menoleh semula ke tempat perempuan tadi,sudah tiada apa-apa di situ lagi,saya pun istifar kepada Allah s.w.t untuk menguatkan diri saya.Setelah selesai solat semua saya kembali untuk meneruskan perniagaan.Saya bertanyakan kepada rakan-rakan niaga yang  dan mencertiakan kepada mereka,ada yang bg pandangan itu adalah jin islam,ada yg mengatakan itu adalah syaitan.Saya pun x tahu mana satu tapi makluk yg saya nampak tu tidak menakutkan saya bentuknya macam manusia biasa cuma mukanya saja tiada macam pakai tudung tanpa muka@kita nampak macam angin sahaja mukanya. Dalam benak saya,saya betanyakan siapakan makluk itu,kalau dia jin islam kenapa dia x solat.Lama juga memikirkan,saya cuba membaca dan membaca dan ada mengatakan alam jin tidak sama waktu dengan kita,hmm mungkin dia dah solat magrib tapi tak sama waktu dengan kita saja.Dan kesimpulanya selepas 11 tahun mencari jawapan,saya baru paham,itu adalah hikmah dari Allah S.w.t dan kebesaranya supaya kita sentiasa beringat kepadanya.Itulah Tuhan alam semesta yang menjadikan jin dan manusia supaya beribadat dan tunduk kepadanya.Apa yang dapat saya simpulkan di sini dalam alam jin pun ada memakai jubah dan tudung,itulah islam sebenarnya dan kebenaran islam yang Allah nak tunjukkan.Yang Baik datang dari Allah dan Yang Buruk itu adalah kelemahan diri saya sendiri.Allah Maha Besar,Allah Maha Besar.Wallahualam.

Friday, 3 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfirti -Maaf Zahir dan Batin


Kami bagi pihak Mzz One Enterprise sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua muslimin dan muslimat ,rakan taulan,guru-guru,pensyarah,keluarga dan yang mengenali diri saya tak kira di mana jua berada.Semoga pulang berhari raya dengan selamat,berhati-hati di jalan raya jgn lupa baca doa naik kenderaan,tak lupa juga kepada customer-customer Mzz One Enterprise,jika ada salah dan silap,terlebih terkurang sepanjang urusan jual beli dalam perniagaan kami menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dari pihak tuan dan puan.Yang Baik Datang dari Allah yang lemah itu datang dari kami sendiri.Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

Saturday, 21 August 2010

Ramadhan untuk mencari permata takwa.

Makan banyak akan memberatkan badan untuk beribadah terutama bulan ramadhan ini. kadangkala kita gagal mengawal nafsu makan sehingga kita lupa tubuh perlu disiapkan untuk terus beribadat.Bila mata menjadi mengantuk bagaimana hati hendak khusyuk ,lebih lebih lagi bila solat tarawih 20 rakaat dengan 3 witir.Bacaan quran yang dibacakan tidak jadi penawar pada hati kerana kegelisahan tubuh akibat berbuka dengan yang berat berat tadi.Ramadhan akhirnya berlalu,puasa untuk sebuah keinsafan,kesedaran cuma menjadi amalan ritual tidak makan Dan tidak minum aja.
Rahmatnya ramadhan ialah bila kita boleh kekangkan nafsu bagai kuda yang dapat dituntun kemana sahaja.Nafsu itu alat untuk kehidupan kerana tanpa nafsu tidak adalah kehidupan ini.Islam bukan ugama pertapaan tetapi Islam adalah agama untuk perjuangan.Islam itu kemajuan,Islam itu pendidikan,Islam itu peniagaan,islam itu negara dan sebuah kehidupan yang harmony.sangat harmony sehingga kita Tidak Akan temui lagi pada ajar an ugama yang lain.
Sudah tentu juga doa terus diatur agar segala niat dan hajat Allah makbulkan.Apapun doanya tetap dimakbulkan dengan cara yang Allah mahu.Kadangkala kita mahu susu sapi tapi Allah memberikan air dingin bukan kerana tidak makbul doa. Allah memberi dengan pengetahuanya yang maha mengetahui.Kadangkala manusia menangis sesuatu takdir padanya sedangkan dia tidak mengetahui Allah sedang menolongnya.

Thursday, 6 May 2010

APA ERTI PENGORBANAN PADA ANDA ?


Telah dua bulan musim hujan berlalu sehingga di mana-mana pepohonan nampak menghijau. Kelihatan seekor ulat di antara dedaun menghijau yang bergoyang-goyang diterpa angin.

"Apa khabar daun hijau," katanya.

Tersentak daun hijau menoleh ke arah suara yang datang

"Oh, kamu ulat. Badanmu kelihatan kurus dan kecil, mengapa?" tanya daun hijau.

"Aku hampir tidak mendapatkan dedaunan untuk makananku. Bolehkah engkau membantuku sahabat?" kata ulat kecil.

"Tentu.. tentu.. dekatlah kemari." Daun hijau berfikir, "Jika aku memberikan sedikit dari tubuhku ini untuk makanan si ulat, aku akan tetap hijau. Hanya sahaja aku akan kelihatan berlubang-lubang. Tapi tak apalah."

"Perlahan-lahan ulat menggerakkan tubuhnya menuju daun hijau.

Setelah makan dengan kenyang ulat berterimakasih kepada daun hijau yang telah merelakan bahagian tubuhnya menjadi makanan si ulat. Ketika ulat mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang penuh kasih dan pengorbanan itu, ada rasa puas di dalam diri daun hijau. Sekalipun tubuhnya kini berlubang di sana-sini namun ia bahagia dapat melakukan sesuatu bagi ulat kecil yang lapar.

Tidak lama berselang ketika musim panas datang daun hijau menjadi kering dan berubah warna. Akhirnya ia jatuh ke tanah, disapu orang dan dibakar.

Moral:
Apa yang terlalu bererti di hidup kita sehingga kita enggan berkorban sedikit sahaja bagi sesama? Nah... akhirnya semua yang ada akan "mati" bagi sesamanya yang tidak menutup mata ketika sesamanya dalam kesukaran. Yang tidak membelakangi dan seolah tidak mendengar ketika sesamanya berteriak meminta tolong. Ia rela melakukan sesuatu untuk kepentingan orang lain dan sejenak mengabaikan kepentingan diri sendiri.

Merelakan kesenangan dan kepentingan diri sendiri bagi sesama memang tidak mudah, tetapi indah. Ketika berkorban diri kita sendiri menjadi seperti daun hijau yang berlobang namun itu sebenarnya tidak mempengaruhi hidup kita, kita akan tetap hijau, Tuhan akan tetap memberkati dan memelihara kita.

Bagi "daun hijau", berkorban merupakan sesuatu perkara yang mengesankan dan terasa indah serta memuaskan. Dia bahagia melihat sesamanya dapat tersenyum kerana pengorbanan yang ia lakukan. Ia juga melakukannya kerana menyedari bahawa ia tidak akan selamanya tinggal sebagai "daun hijau". Suatu hari ia akan kering dan jatuh.

Demikianlah kehidupan kita. Hidup ini hanya sementara, kemudian kita akan mati. Itu sebabnya isilah hidup ini dengan perbuatan-perbuatan baik, kasih, pengorbanan, pengertian, kesetiaan, kesabaran dan kerendahan hati.

Jadikanlah berkorban itu sebagai sesuatu yang menyenangkan dan membawa sukacita tersendiri bagi anda. Kita dapat berkorban dalam banyak perkara.
Mendahulukan kepentingan sesama, melakukan sesuatu bagi mereka,memberikan apa yang kita punyai dan masih banyak lagi pengorbanan yang dapat kita lakukan.

Yang mana yang sering kita lakukan? Menjadi ulat kecil yang menerima kebaikan orang atau menjadi "daun hijau" yang senang memberi